KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menyertai lebih 700 pengamal media pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten, Melaka, pada Ahad ini (29 Mei).
Jawatankuasa Publisiti dan Promosi HAWANA 2022 menerusi kenyataan hari ini berkata pada majlis yang turut dihadiri wartawan dari beberapa negara ASEAN itu, perdana menteri dijadual menyampaikan ucapan perasmiannya pada 2.30 petang.
Menurut kenyataan itu, antara perkara yang bakal menjadi tumpuan pada sambutan perayaan terbesar khusus untuk pengamal media itu tahun ini ialah Deklarasi Melaka yang menggariskan hala tuju kewartawanan dan industri media negara.
Majlis yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu juga akan menyaksikan penghormatan diberikan kepada wartawan profesional, individu dan organisasi menerusi Anugerah HAWANA 2022.
"Pemilihan dibuat terhadap penerima yang telah memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi juga dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya yang dihasilkan," menurut kenyataan itu.
Pada sebelah pagi, satu Forum Media Nasional akan diadakan sebagai platform ketua-ketua pengarang, pengarang dan tokoh media berbincang mengenai kepentingan masa depan industri media, terutamanya apabila berhadapan dengan perubahan teknologi dan persekitaran yang semakin mencabar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan menyampaikan ucapan penutup pada forum itu.
Sementara itu, pada malam esok (28 Mei) pengamal media akan diraikan dalam majlis jamuan makan malam bersama Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam anjuran kerajaan Melaka.
HAWANA yang disambut setiap tahun pada 29 Mei merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.
HAWANA 2022 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan dilaksanakan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan penglibatan organisasi media dan kerjasama kerajaan Melaka.
Sambutan HAWANA pertama kali diadakan pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE Kuala Lumpur.
Beberapa negara lain seperti China dan Indonesia telah lama meraikan Hari Wartawan dan negara berkenaan memberi pengiktirafan secara rasmi atas jasa dan perjuangan golongan wartawan setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual akan menyertai lebih 700 pengamal media pada majlis kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten, Melaka, pada Ahad ini (29 Mei). - Gambar fail/BERNAMA
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.