PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (ASEAN-US Special Summit) di Washington D.C, pada 12 dan 13 Mei.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata selain beliau, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan juga akan mengiringi perdana menteri ke persidangan khas itu.
Persidangan akan bermula dengan beberapa siri pertemuan pada 12 Mei dengan kemuncak pertemuan adalah pada pukul 3 petang 13 Mei, apabila Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan ketua-ketua kerajaan ASEAN.
Menurut Saifuddin, perdana menteri dijangka mengutarakan beberapa isu serantau seperti Myanmar dan isu-isu antarabangsa lain dalam persidangan itu.
"Malaysia anggap pertemuan ini penting sebab Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara dialog ASEAN," katanya dalam wawancara khas bersama beberapa media tempatan di pejabatnya di sini pada Sabtu.
Selain Presiden Fiilipina Rodrigo Duterte dan ketua junta Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hliang, kesemua lapan lagi ketua kerajaan negara-negara ASEAN akan menyertai Sidang Kemuncak Khas itu.
Duterte tidak dapat hadir kerana proses pilihanraya negara itu minggu depan manakala ketua junta Myanmar itu tidak dijemput berikutan pergolakan politik dalaman negara itu.
Kali terakhir Amerika Syarikat menjadi tuan rumah kepada persidangan khas itu adalah pada Feb 2016 di Sunnylands, California.
Pada Mac 2020, ia sepatutnya diadakan di Las Vegas tetapi dibatalkan berikutan pandemik global COVID-19.
Menurut laman web ASEAN, Amerika Syarikat terus kekal sebagai rakan dagang penting ASEAN dengan perdagangan dua hala pada 2020 dengan nilai dagangan capai AS$308.3 bilion, menjdikan negara itu rakan dagang kedua terbesar ASEAN di kalangan rakan-rakan dialog.
Amerika Syarikat juga merupakan sumber terbesar Pelaburan Langsung Asing (FDI) pada 2020 dengan aliran masuk pelaburan berjumlah AS$34.7 bilion.
ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 dianggotai oleh Malaysia, Brunei, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kemboja adalah Pengerusi ASEAN untuk 2022 manakala Indonesia merupakan negara koordinator ASEAN dan Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (ASEAN-US Special Summit) di Washington D.C, pada 12 dan 13 Mei. - Gambar fail/PMO

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Zambry ketuai delegasi Malaysia ke tiga acara penting Komanwel di London
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom mulai Isnin (13 Mac) hingga Rabu (15 Mac).

Hishammuddin ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula esok
Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 (AMM ke-54) bermula esok.

50 peratus atlet sudah dapat suntikan vaksin sebelum ke Sukan SEA Filipina - ISN
Pastikan semua atlet kebangsaan selesai jalani dua perkara itu sebelum ke temasya berkenaan yang berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.