KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-50 Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata ulang tahun itu bukan sahaja menandakan satu lagi pencapaian buat FPDA, malah membuka lembaran baharu yang lebih mencabar dalam mencapai matlamat bersama.
"Hubungan yang telah terjalin selama 50 tahun ini haruslah dipelihara dan diperkukuhkan bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa akan datang," katanya.
FPDA adalah hubungan pertahanan melalui persetujuan berbilang hala antara lima negara iaitu United Kingdom, Australia, New Zealand, Malaysia dan Singapura.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata beliau menerima kunjungan hormat secara maya daripada menteri-menteri pertahanan FPDA.
Turut sama menerima kunjungan hormat secara maya adalah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
BACA: Negara anggota FPDA perkukuh kerjasama tangani ancaman keselamatan - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi moderator pada kunjungan hormat yang turut dihadiri Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan Australia Peter Dutton, Menteri Pertahanan New Zealand Penni Henare dan Menteri Angkatan Tentera United Kingdom, James Heappey.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika kunjungan hormat secara maya Menteri Pertahanan Lima Negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (FDMM) ke-11 dan sambutan FPDA ke-50 di Perdana Putra. - Foto BERNAMA
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Malaysia-Australia pertingkat maklumat perisikan
Malaysia dan Australia akan meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dalam usaha mengekang ancaman Daish dan IS di rantau ini.