KAJANG: Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan itu.
Beliu berkata, langkah itu diambil bagi memulihkan keyakinan rakyat, terutama terhadap kerajaan perpaduan pimpinannya.
“Saya telah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat menteri tanpa kira parti, agama.
“Saya memilih untuk menolak gaji Perdana Menteri,” ujarnya dalam sidang media pada hari ini.
Beliau dalam yang masa sama, turut berikrar bahawa akan memastikan beliau mewakili seluruh rakyat Malaysia serta semua kaum bagi menjamin keharmonian negara ini dan menjadikan negara ini ‘satu’.
“Kerajaan perpaduan akan mengangkat martabat rakyat, menghentikan kebobrokan rasuah.
“Saya juga tegas dalam usaha untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
“Saya juga memahami keperluan untuk mengangkat penghayatan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera.
“Kerajaan perpaduan akan tetap menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakannya.
“Bangsa Melayu menjadi induknya dan tidak akan bertolak ansur berkenaan hak kewarganegaraan, saya akan mengiktiraf hak semua kaum dan wilayah,” jelas beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang berlangsung di Sungai Long Golf and Country Club di sini, pada Khamis.
Nickyson Nyambar
Thu Nov 24 2022

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak menerima gaji bagi jawatan itu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

PM perlu melobi kuasa besar dunia berpihak kepada Palestin - AMK
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memainkan peranan melobi sokongan daripada negara kuasa besar seperti Turkiye dan China.

KPT peruntuk RM436 juta baik pulih infrastruktur IPTA, sedia kemudahan pelajar OKU
KPT memperuntuk RM436 juta bagi membaik pulih infrastruktur dan mengganti peralatan usang di IPTA termasuk menyediakan kemudahan akses kepada pelajar OKU

Tiada penyelesaian mudah untuk Laut China Selatan, tetapi bukanlah mustahil untuk diatasi - Anwar
Anwar menegaskan ia tidak seharusnya menjadi isu besar dan dialog dengan negara-negara ASEAN lain harus dilihat sebagai jalan penyelesaian.

PM akan beri penjelasan berhubung lawatannya ke China di Dewan Rakyat esok
Anwar juga akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berhubung perkara berkenaan.

Kerajaan Perpaduan akan bersihkan negara daripada keterlanjuran 'perompak' - PM Anwar
PM jamin pihak yang menggondol hak dan dana rakyat tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Malaysia Madani: Pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan - PM Anwar
Mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.

100 hari yang sibuk buat PM Anwar dengan urusan hubungan antarabangsa dan bilateral
Presiden Indonesia Joko Widodo adalah pemimpin pertama yang menghubungi Anwar diikuti oleh Presiden Turkiye Recep Tayip Erdogan.

Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis
Islamofobia boleh tercetus akibat lambakan maklumat sehingga menyebabkan pelbagai maklumat yang salah tersebar dalam kalangan masyarakat.

100 Hari Kerajaan Perpaduan: Sekretariat Kerajaan Perpaduan perlu cari titik persamaan, perkukuh kestabilan
Kerjasama diantara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan boleh diperkukuhkan sekiranya mempunyai iltizam politik.

Belanjawan 2023: Anwar menuju ke Parlimen
Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.