PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) esok dalam usaha menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera dengan meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan.
Majlis pelancaran turut disertai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin itu akan disiarkan menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 pada 9.15 pagi.
Inisiatif di bawah Kementerian Kesihatan itu telah diluluskan Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 dan merupakan tawaran baharu bertujuan menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.
Ia juga merupakan hala tuju Malaysia bagi menyokong Pelan Pemulihan Negara untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 dengan mendidik dan memperkasa rakyat untuk hidup bersama virus itu.
ANMS dirangka berikutan jangkaan penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit akan terus menjadi ancaman kesihatan awam dalam kehidupan rakyat akibat cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat.
Mempunyai empat teras iaitu memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dan memantapkan kebersihan persekitaran, ANMS akan dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun dan penentuan bagi fasa adalah bergantung kepada isu kesihatan semasa.
Ia menggunakan pendekatan 'Whole of Nation' iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh serta memastikan kejayaan bagi menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) esok dalam usaha menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera dengan meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan. - Foto BERNAMA

Rompakan kedai emas: Polis teliti rakaman CCTV, empat saksi beri keterangan setakat ini
Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan tersebut, dengan dua memasuki premis dan seorang menunggu dalam kereta.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Hakim Jepun Yuji Iwasawa dilantik sebagai Presiden ICJ
Yuji Iwasawa, yang berkhidmat sebagai hakim ICJ sejak Jun 2018, akan memegang jawatan itu sehingga 5 Februari 2027.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

Ahli Dewan Rakyat perlu jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali - TPM
Semua ahli Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang Mei ini.

Perlis negeri terawal laksana ANMS dengan cemerlang - Khairy
Perlis menjadi negeri terawal berjaya melaksana Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan cemerlang dan boleh dijadikan sebagai ikutan, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

PM lancar ANMS esok jadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) esok.