KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan.
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan inisiatif Rukun Tetangga.
Pelan itu merupakan satu daripada strategi yang telah digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.
Menjelaskan lanjut empat Agenda Kerja KRT itu, Muhyiddin berkata Agenda Kerja KRT Selamat akan digerakkan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan untuk meronda dan mengawal mana-mana premis atau lokasi di KRT dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata Agenda Kerja KRT Sihat pula memberi penekanan kepada usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam komuniti hasil kolaborasi bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.
"Ketiga, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah menumpukan kepada program pembersihan dan pengindahan di kawasan komuniti dengan sokongan Kementerian Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah pelaksanaan Program Local Agenda 21.
"Keempat, Agenda Kerja KRT Sejahtera untuk mengenal pasti kumpulan rentan seperti ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan kurang berkemampuan dan memberi bantuan melalui pelaksanaan inisiatif seperti Projek Ekonomi Rukun Tetangga dan Program Sayangi Komuniti," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Facebook KPN @PerpaduanNegara, hari ini.
Muhyiddin berkata rukun tetangga yang ditubuhkan pada 1975 adalah komponen penting komuniti dalam memastikan hasrat perpaduan negara dapat diperkukuhkan dan peranannya perlu sentiasa didukung sebagai ejen serta penggerak usaha untuk menyatupadukan rakyat.
Menurutnya, pada masa ini terdapat 8,274 KRT di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 248,220 orang dan turut menyambut baik peningkatan penubuhan KRT itu kerana ia adalah petunjuk baik yang membuktikan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan peranan rukun tetangga.
Perdana menteri berkata cabaran yang dihadapi sejak pandemik COVID-19 melanda dunia lebih setahun lepas telah menyerlahkan kepentingan rukun tetangga dalam kalangan masyarakat dengan semua pihak menunjukkan semangat kekitaan yang tinggi dan saling membantu dalam mendukung segala usaha kerajaan memerangi wabak itu, seiring dengan semangat dan amalan 'Kita Jaga Kita'.
"Saya berharap semangat kesukarelawanan ini dapat terus diperkasakan melalui penglibatan bersama rukun tetangga, persatuan penduduk, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta generasi muda dalam aktiviti kemasyarakatan supaya ia dapat dibudayakan dalam komuniti kita.
"Saya ingin mengajak saudara dan saudari untuk bersama-sama mengenal pasti keperluan komuniti dan menangani isu-isu sosial di kawasan setempat untuk melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera.
"Marilah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga dalam menjayakan usaha murni ini supaya negara kita dapat merealisasikan agenda perpaduan nasional," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkasa peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di peringkat akar umbi menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PM lancar Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030
Di bawah pelan itu, empat Agenda Kerja KRT diperkenalkan iaitu Agenda Kerja KRT Selamat, Agenda Kerja KRT Sihat, Agenda Kerja KRT Bersih dan Indah serta Agenda Kerja KRT Sejahtera.