ANKARA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat dua syarikat pemain utama industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan republik itu dalam bidang teknologi.
Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).
Sebaik tiba di MKE, Ismail Sabri disambut oleh Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar dan Ketua Pegawai Eksekutif MKE Yasin Akdere sebelum diberikan taklimat mengenai operasi perintis sektor pertahanan Turkiye itu.
MKE, sebuah syarikat milik kerajaan selaku pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turkiye memiliki 10 kilang moden, lebih 400 produk terbahagi kepada empat kategori -- peluru, senjata, roket, bahan letupan dan piroteknik.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Semasa melawat TAI, Ismail Sabri diberi taklimat mengenai operasi syarikat itu oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Prof Temel Kotil.
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi Bersama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) Tan Sri Zakri Abdul Hamid.
Di akhir lawatan, satu pertunjukan udara diadakan untuk delegasi Malaysia menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan Turkiye, helikopter T129 ATAK, pesawat tanpa pemandu Anka, pesawat latihan Hurkus dan helikopter Gokbey.
Terletak di ibu kota, kilang pengeluaran TAI meliputi kawasan seluas lima juta meter persegi dengan 150,000 meter persegi kemudahan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) bersama Menteri Pertahanan Turkiye Hulusi Akar ketika melawat MKE Corporation pada Rabu. - Foto BERNAMA
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.