KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjanji akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagaimana syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah, boleh dilonggarkan.
Ketika berucap melancarkan Persidanga n Penyelidikan Tamil Antarabangsa Ke-11 di University Malaya (UM) di sini hari ini, Anwar berkata syarat minimum semasa ialah perlu ada 15 pelajar untuk sebuah kelas Bahasa Tamil diadakan.
"Saya akan beritahu dan mencadangkan Kementerian Pendidikan untuk melakukan pelarasan diperlukan walaupun jika kita tetapkan syarat (angka) kepada 10, kita harus membenarkan sembilan atau 11 pelajar juga.
(Ini juga) untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai bahasa tambahan. Dalam sekolah-sekolah di seluruh dunia, seperti di Amerika Syarikat dan China, orang ramai menggalakkan pelajar untuk mengusai dua atau lebih bahasa yang bermakna dalam konteks ini pelajar India, menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Tamil. Saya fikir ia akan memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk mempunyai pelajar yang menguasai lebih banyak bahasa," katanya.
Turut hadir ialah pengerusi bersama persidangan itu V. Sivakumar yang juga Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Merujuk kepada Saravanan dan Sivakumar yang bekerjasama sebagai pengerusi bersama persidangan itu, Anwar berkata beliau menghormati masyarakat dan pemimpin India kerana menjadi peneraju dalam membina sebuah "Perpaduan Malaysia" yang baharu, sambil menambah ini adalah mesej kepada pemimpin Melayu dan Cina bahawa wawasan negara perlu mengatasi semua perbezaan dan kepentingan
"Amat jarang anda lihat penceramah daripada MIC di atas pentas dan penyokong DAP dan PKR memberikan tepukan. Apa yang salah dengan kita ? Tiada yang salah, sebagai sebuah negara kita sudah matang," katanya.
Beliau juga berkata sebagai Perdana Menteri, beliau akan terus menyokong rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Anwar juga mengucapkan satu ayat daripada puisi klasik Tamil, "Yaathum oorey, yaavarum kelir" , yang menonjolkan mesej padu yang mengingatkan intipati identiti kebangsaan.
Persidangan yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Penyelidikan Tamil Antarabangsa (IATR), Universiti Malaya dan Yayasan OMS, menghimpunkan lebih 3,000 penyelidik dan cendekiawan Tamil dari lebih 50 negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Penyelidikan Tamil ke-11 di Universiti Malaya hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar berkata pertemuan itu juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Cuba yang terjalin sejak 6 Feb 1975.

SPRM jadi tonggak utama kerajaan pertahan sistem tadbir urus berintegriti - PM Anwar
SPRM menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang bersih dan berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.