KUALA LUMPUR: Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta majlis itu untuk bermesyuarat setiap minggu sehingga 20 Mac bagi mencari penyelesaian isu padi dan beras.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 semalam.
"Pada mesyuarat tadi, kita tidak ada ketentuan mengenai penyelesaian isu padi dan beras ini, kita perlu membuat kajian yang lebih mendalam," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.
Beliau berkata Perdana Menteri juga meminta bahagian penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain industri yang terlibat dalam melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar label beras putih tempatan (BPT) kepada beras putih import (BPI).
Terdahulu, Anwar dalam kenyataan telah meminta KPKM untuk mengetuai dan menyelaras sesi libat urus mengenai isu padi dan beras secara lebih terperinci dan sesegera mungkin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Syed Abu Hussin (gambar) berkata Perdana Menteri juga meminta bahagian penguatkuasaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemain industri yang terlibat melakukan penyelewengan. - Foto Sinar Harian

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Beras putih import: BERNAS beri respon kenyataan Syed Abu Hussin
BERNAS berkata Pakistan adalah salah satu negara utama pembekal beras import kepada BERNAS sejak sekian lama.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Saya masih Ahli Parlimen kerana tidak berhenti, tapi dipecat Bersatu - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin yakin bahawa beliau masih Ahli Parlimen Bukit Gantang kerana beliau bukan berhenti, sebaliknya dipecat oleh Bersatu.

Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Kartel padi beras: Kerajaan perlu serius ambil tindakan
Tindakan kartel yang cuba mengaut keuntungan menyebabkan ketidakstabilan ekosistem harga padi dan beras serta barangan keperluan lain ketika ini.

Tiada unsur pujukan, habuan untuk sokong Anwar - Syed Abu Hussin
Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan.

PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.

Syed Abu Hussin tangguh sidang media Beras Madani
Syed Abu Hussin memutuskan untuk menangguhkan sidang media mengenai Beras Putih Malaysia Madani yang dijadualkan pada Sabtu.

Syed Abu Hussin ketuai Jawatankuasa Tangani Harga Makanan di bawah NACCOL - PM
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup.

7-8 lagi Ahli Parlimen PN akan isytihar sokong Kerajaan MADANI - Syed Abu Hussin
Katanya, kesemua Ahli Parlimen PN itu daripada beberapa negeri yang sememangnya dari kawasan majoriti Melayu.