JAKARTA:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berlepas pulang ke Malaysia petang ini, selepas melakukan lawatan rasmi kurang 24 jam ke Indonesia.
Perdana Menteri dan isteri Puan Seri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang tiba pukul 4.00 petang semalam, berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 4.10 petang (waktu Indonesia barat).
Muhyiddin dalam sidang media sebelum pulang berkata, lawatan rasminya ke Indonesia amat bermakna dalam mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.
Menjelaskan pertemuannya bersama Presiden Joko Widodo (Jokowi) di Istana Merdeka, Muhyiddin berkata Jokowi sangat mesra, malah memintanya sentiasa berhubung melalui telefon, bagi membincangkan apa apa isu berkaitan kepentingan kedua-dua negara.
Mengulas pertemuannya secara bersemuka berbanding webinar, Muhyiddin berkata:"(webinar) berbeza, (tapi pertemuan bersemuka) berasa kehangatan, walaupun tidak bersalaman," kata Muhyiddin, yang sebelum itu turut membuat kenyataan media bersama Jokowi, antaranya berkaitan isu Myanmar, diskiriminasi minyak sawit, isu pekerja Indonesia di Malaysia, isu jerebu dan isu Laut China Selatan, serta usaha menangani COVID-19.
BACA: PM Muhyiddin sifatkan lawatan rasmi ke Indonesia amat berjaya
Lawatan rasmi Muhyiddin adalah atas undangan Jokowi.
Kerjasama ekonomi, isu keselamatan dua hala dan serantau, isu dan kepentingan bersama kedua-dua negara memerlukan perbincangan di peringkat tertinggi secara bersemuka dan secara hati ke hati.
Lawatan itu diadakan dalam suasana protokol kesihatan yang ketat termasuklah menjalani saringan sebelum berlepas, selepas ketibaan, serta pelaksanaan kuarantin bagi delegasi sebaik pulang ke Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Perdana Menteri dan isteri Puan Seri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang tiba pukul 4.00 petang semalam, berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 4.10 petang (waktu Indonesia barat). - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.