Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin-pemimpin agama dan para pengikut mereka supaya berusaha membina kepercayaan bersama, saling menghormati, persefahaman dan kerjasama bagi melahirkan kewujudan bersama yang aman.
Perdana Menteri berkata adalah amat penting mewujudkan keamanan dan keselamatan seperti yang dikehendaki oleh semua orang.
"Kita mesti membuat komitmen tegas untuk mewujudkan budaya toleransi dan menggalakkan keharmonian yang lebih baik demi kesejahteraan manusia, dan mengetepikan perkara yang boleh memecahbelahkan kita," kata beliau.
Najib berkata demikian semasa merasmikan seminar antarabangsa mengenai 'Agama dan Kewujudan Bersama Yang Aman: Menerima Perbezaan dan Mendukung Nilai' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.
Perdana menteri memberitahu hadirin bahawa laluan ke arah melahirkan kewujudan bersama yang aman bukanlah seperti bersiar-siar di taman.
“Untuk melahirkan kewujudan bersama yang aman di negara seperti Malaysia merupakan satu cabaran, tetapi ia sesuatu yang perlu sentiasa kita usahakan dan terus lakukan dengan kebijaksanaan, kebaikan dan keadilan," kata Najib.
Beliau berkata satu daripada cara untuk melakukannya di Malaysia dan luar daripadanya ialah dengan menerima realiti bahawa terdapat perbezaan dalam pelbagai agama - dan menyedari "bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju".
Perdana menteri menegaskan daripada mereka menekankan perkara yang boleh membawa perbalahan antara agama, mereka sepatutnya memberi tumpuan kepada persamaan yang ada.
"Dan sebenarnya, banyak persamaan yang ada dalam nilai-nilai yang digalakkan oleh kebanyakan agama. Kita perlu menerimanya demi kepentingan semua daripada saling berbalah dan memperbesarkan perbezaan yang ada untuk memenuhi agenda politik atau strategik," jelas beliau.
Najib berpendapat nilai-nilai bersama itu boleh membawa kepada melahirkan masyarakat yang aman, harmoni dan bertoleransi yang dapat memanfaatkan semua pihak.
Najib berkata membina keamanan dan mengekalkan keharmonian antara agama adalah tugas yang murni dan penting, selain memastikan perpaduan dalam agama masing-masing tidak diketepikan.
Beliau turut membangkitkan mengenai perlunya mengamalkan pendekatan kesederhanaan atau wasatiyyah yang membawa mesej supaya sentiasa berbuat baik, tabah dan berlaku adil serta menolak segala bentuk kejahatan.
"Dengan mengamalkan wasatiyyah, saya percaya agama boleh menjadi jambatan pembina yang kita perlukan dalam dunia hari ini," kata beliau.
Mengulas lanjut, Najib berkata pendekatan wasatiyyah itu penting kerana ia bermaksud 'seimbang' dan 'terbaik'.
"Tanpa wasatiyyah, masyarakat mudah terjebak dalam ekstremisme yang menyebabkan radikalisme seperti IS atau ekstremisme yang mengancam agama seperti ekstremis liberalisme," katanya.
Seminar dua hari itu yang berakhir esok bertujuan memberi kefahaman yang lebih baik mengenai peranan agama dalam menggalakkan kewujudan bersama yang aman bagi masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Bernama
Tue Oct 27 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gesa pemimpin-pemimpin agama dan para pengikut mereka untuk memberi tumpuan kepada persamaan yang ada.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 4 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews

Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.

Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.

Seminar AI Teknologi Pendidikan medan praktikal, hasilkan natijah positif - IKIM
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Seminar Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Teknologi Pendidikan pada 11 dan 12 November.

IKIM jawab dakwaan terhadap radio IKIMfm
IKIMfm terikat dengan garis panduan, peraturan dan akta yang dikanunkan bagi menjaga kemurnian Islam dan keharmonian hidup masyarakat.

Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.

Falsafah 'Ahmadi' jelas bercanggah ajaran Islam - IKIM
Mohamed Azam berkata, ajaran tersebut tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan hadis.

Kes Nik Elin: IKIM gerakkan inisiatif beri pencerahan perundangan
Antaranya persidangan meja bulat atau muzakarah pakar bagi menyampaikan maklumat perundangan betul melalui program radio, penulisan serta hebahan media.

Perang Palestin-Israel: IKIM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt
IKIM mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadual berlangsung di Frankfurt, Jerman.

Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, enam petugas cedera ringan - Bomba
Enam petugas IKIM mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi.

RM192 juta naik taraf pelabuhan Chendering - Mohamad
Peruntukan sebanyak RM192 juta telah diluluskan bagi proses menaik taraf Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (lKIM) Chendering, Terengganu.