Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan daripada kerajaan.
Wanita berkenaan, Sharifah Dun hilang punca pendapatan apabila suaminya hilang pekerjaan di kilang ketika kegawatan ekonomi sehingga rumah mereka dilelong dan keretanya ditarik.
"Tetapi saya tidak mengalah, dengan hanya ada RM70 dalam poket, bantuan beras dan makanan dari Baitulmal, saya guna sebagai modal berniaga kecil-kecilan nasi lemak di stesen LRT Wangsa Maju.
"Dua bulan saya kumpul duit sedikit demi sedikit, cukuplah untuk sewa tapak berniaga di kaki lima sebuah restoran di Kuala Lumpur. Kemudian saya mohon bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan 1AZAM.
"Dari situ dapatlah saya sewa kedai, beli peralatan dapur dan menggaji pekerja," kata wanita itu dan ia dikongsi oleh Najib dalam blog rasminya www.najibrazak.com.
Sharifah berkata hasil bantuan dan penat lelahnya kini menjadikan beliau memperolehi pendapatan harian antara RM1,000 hingga RM2,000.
Najib berkata wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dan sentiasa mencari jalan membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.
Sharifah merupakan salah seorang yang menerima bantuan daripada inisiatif kerajaan Barisan Nasional yang meningkatkan hidup dan sosioekonomi rakyat pelbagai latar belakang.
Najib berkata secara keseluruhan, lebih daripada 100,000 peserta 1AZAM berjaya meningkatkan pendapatan.
Katanya, 2.26 juta pekerjaan baharu turut diwujudkan sejak 2010. Pendapatan bulanan sebanyak 98 peratus bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) juga meningkat.
1AZAM yang merangkumi lima program utama iaitu Azam Tani, Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Kerja dan Azam Bandar dilaksanakan bagi menjana dan meningkatkan pendapatan golongan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2018

Sharifah berkata hasil bantuan dan penat lelahnya kini menjadikan beliau memperolehi pendapatan harian antara RM1,000 hingga RM2,000. - Foto: najibrazak.com
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

PM Najib kongsi kisah kejayaan seorang wanita
Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi mengenai mengenai kisah seorang wanita yang berjaya dalam perniagaannya selepas mendapat bantuan kerajaan.