Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) dan penyaluran peruntukan awal sebanyak RM20 juta kepada agensi itu untuk menerajui pembangunan seni budaya di Malaysia.
Najib berkata melalui pertemuan bersama penggiat seni baru-baru ini, mereka menyuarakan bahawa sektor seni budaya memerlukan suntikan baharu bagi mendorong ia berkembang menjadi satu komponen penting dalam negara kita.
"Kita telah melihat seni budaya merupakan satu komponen yang berpotensi yang belum lagi kita bangunkan ke tahap optimum.
"Oleh itu, hari ni saya isytiharkan bahawa ekonomi seni budaya adalah merupakan aset baharu Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Cendana itu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Cendana, ditubuhkan kerajaan menerusi MyCreative Ventures, berpandukan wawasan untuk membina ekonomi kebudayaan yang pesat berkembang dan penuh inspirasi bagi Malaysia serta boleh dikongsi bersama seluruh rakyat dengan menumpukan usaha menyokong pembangunan sektor seni dan budaya dalam industri kreatif serta mempromosikannya kepada khalayak yang lebih luas.
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat serta memastikan objektifnya dicapai.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Penasihat Komunikasi Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan dianggotai beberapa tokoh antaranya Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Johan Ishak, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah Shahira Ahmed Bazari, Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Datin Azalina Adham dan Naib Presiden Perniagaan Bahasa Melayu Astro Datuk Khairul Anwar Salleh.
"Kita mempunyai nilai-nilai seni budaya yang bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi terus dibangunkan sebagai punca kekuatan dan kebangaan untuk rakyat Malaysia," kata Najib.
Beliau berkata penubuhan Cendana mestilah berlainan daripada badan lain yang tidak seharusnya dipimpin oleh orang politik atau birokrat tetapi oleh golongan seni sendiri.
Perdana menteri berkata sektor seni budaya adalah komponen terakhir transformasi ke arah menjadi negara maju.
"Kita mahu Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan, tapi warisan semata-mata tidak memadai, kita harus membangunkannya...hanya selepas itu negara kita akan mempunyai sumber aspirasi baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) merasmikan penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.
[TERKINI] PMO adakan taklimat dua kali sehari setiap hari
Bernula hari ini, satu taklimat harian yang dikendalikan Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia setiap hari jam 11 pagi dan 5 petang.

Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telinga kiri serta dihantar ke HQE untuk mendapatkan rawatan.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan
Hanya Indonesia berpuasa hari ini
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).

PM Najib lancar Cendana, pacu pertumbuhan sektor seni budaya negara
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat.