Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menumpukan kepada program inovasi sosial di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan taraf hidup kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis NCIA Ke-18 di Bangunan Perdana Putra di sini.
Katanya Perdana Menteri juga mahu program inovasi sosial menjadi antara fokus utama dalam Pelan Tindakan Pembangunan NCER 2016-2025 dan terus diperkembangkan.
Redza berkata inisiatif Inovasi Sosial merupakan salah satu strategi transformasi utama untuk membawa hasil berimpak tinggi kepada rakyat di Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang.
"Kami akan mempunyai beberapa lagi projek di bawah inisiatif Inovasi Sosial, sebahagiannya untuk tahun ini dan ada yang untuk tahun depan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu pada Rabu.
Setakat ini, katanya Perlis dan Pulau Pinang, masing-masing mempunyai satu program inovasi sosial manakala di Kedah dan Perak, terdapat beberapa program yang sama.
Redza berkata Perdana Menteri juga meminta NCIA memberi penekanan kepada nod pertumbuhan yang telah dikenal pasti.
Tujuh nod pertumbuhan di Koridor Utara adalah Perlis Inland Port, Chuping Valley Industrial Area, Kedah Science and Technology Park, Kedah Rubber City, Greater Kamunting Cornubation Centre, Manjung-Aman Jaya Maritime City dan Batu Kawan Development, katanya.
"Ini adalah bidang yang perlu kami beri tumpuan. Dari segi masa depan, menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, kami perlu menggunakan ini sebagai platform untuk meningkatkan KDNK dan menggunakan inisiatif seperti mekanisme inovasi sosial untuk membantu kumpulan B40 juga," katanya.
Redza berkata wujud keperluan untuk mencari penyelesaian kreatif dan inovatif untuk menggalakkan pertumbuhan mampan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing dalam kalangan rakyat.
"Inovasi sosial merupakan strategi, konsep, idea dan penyelesaian baharu yang memenuhi keperluan sosial, meningkatkan taraf hidup serta menawarkan tempat yang selamat dan lebih baik untuk diduduki," katanya.
Selepas mesyuarat tersebut, Najib yang juga Menteri Kewangan diperkenalkan kepada program Pusat Inovasi Komuniti Kubu Gajah mengenai pengeluaran madu yang berkualiti tinggi melalui aplikasi Meliponiculture.
Sementara itu, Redza berkata NCIA telah menarik RM4.65 bilion melalui penyertaan sektor swasta dan mewujudkan 5,033 peluang pekerjaan sehingga Jun tahun ini.
"Secara kumulatif, ini mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM84.5 bilion daripada sektor swasta dengan mewujudkan 108,630 peluang pekerjaan dari 2009 hingga Jun tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
![PM Najib mahu NCIA tumpu kepada program inovasi sosial di NCER PM Najib mahu NCIA tumpu kepada program inovasi sosial di NCER](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/51503498205_DatukRedzaRafiq.jpg)
Redza berkata Perdana Menteri juga meminta NCIA memberi penekanan kepada nod pertumbuhan yang telah dikenal pasti. -Gambar fail
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739344427_TBBAGINDAALTANTUYA.jpg)
Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Kementerian pendidikan tidak kompromi isu murid cicir
Beberapa langkah telah diambil secara proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu keciciran pelajar, antaranya Program Ziarah Cakna, penyediaan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC), modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI), serta modul kajian kes dan amalan terbaik.
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.
![Khazanah Nasional berada di landasan tepat Khazanah Nasional berada di landasan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739165303_DrAimiZulhazmyAbd.jpg)
Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.
![GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626698206_Mother.jpg)
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya.
![Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737545863_DonaldTrump.jpg)
Malaysia dijangka raih manfaat daripada dasar perdagangan Trump - Analisis KSI, ECKL
Malaysia bersedia untuk memanfaatkan peluang besar susulan kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS, terutama dalam menarik FDI dan meningkatkan potensi eksport.
![IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025 IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714448812_IMF.jpg)
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
![KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737625160_RRamanan.jpg)
KUSKOP sedia bantuan berterusan bantu PKS laksana gaji minimum baharu
KUSKOP menyediakan bantuan berterusan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mematuhi pelaksanaan gaji minimum baharu menjelang pelaksanaannya bulan depan.
![Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737372336_TBmartrade.jpg)
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
![Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729269965_HBREAKEKONOMINEGARA.jpg)
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
![BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696411175_bmifitch.jpg)
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
![Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716505086_WilliamNg.jpg)
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9