Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air pada Sabtu setelah melakukan lawatan yang berjaya dalam meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap lebih tinggi.
Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Beijing Capital International Airport pada 10.20 pagi waktu tempatan (sama seperti waktu di Malaysia).
Lawatan peringkat tertinggi itu, atas undangan rakan sejawatan beliau, Perdana Menteri China Li Keqiang, adalah lawatan rasmi ketiga Najib sejak 2009.
Lawatan kerja Najib ke China sebelum ini adalah pada Mac lepas untuk menghadiri Forum Boao bagi Asia (BFA) di Hainan.
Pencapaian paling utama beliau dalam lawatan kali ini adalah menyaksikan pemeteraian 14 perjanjian berhubung beberapa projek ikonik dan mega bernilai RM144 bilion antara syarikat Malaysia dan China yang akan menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi Malaysia.
Najib turut menyaksikan pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sektor pembinaan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri, diiringi Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting dan 10 menteri kabinet termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, mempunyai jadual padat dengan menghadiri mesyuarat serta majlis yang diadakan berturutan.
Selain mengadakan mesyuarat delegasi dengan Presiden China Xi Jinping dan pertemuan dua hala dengan Li, beliau turut bertemu 33 Peneraju Industri China.
Pertemuan beliau dengan hartawan internet China Jack Ma dimaktubkan dengan pelantikan Ma sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia, untuk membantu Malaysia dalam memacu langkah negara ke arah ekonomi digital.
China adalah rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang kekal sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 adalah US$100 bilion.
Bernama
Sat Nov 05 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden China Xi Jingping pada 3 Nov 2016. -Foto Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Tarian singa jadi jambatan budaya antara China, Malaysia
Tradisi budaya tarian singa yang berasal lebih 1,000 tahun dahulu di China, kini menarik ramai peminat di Malaysia moden.

Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis
Melangkah ke era baharu yang penuh harapan, hubungan Malaysia-China diyakini akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini, Li Qiang cadang empat langkah untuk maju ke hadapan
China akan terus bekerjasama dengan Malaysia dalam meningkatkan persahabatan dan hubungan dua hala untuk manfaat bersama dan masa depan yang lebih cerah bagi kedua-dua negara.

Malaysia lihat hubungan dengan China menerusi lensa strategik menyeluruh - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.

Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China
Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.

Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PM Najib pulang ke tanah air selepas lawatan berjaya di China
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air pada Sabtu setelah melakukan lawatan yang berjaya dalam meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap lebih tinggi.