Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak pihak pembangkang yang sering kali memutarbelitkan setiap tindakan kerajaan termasuk menuduh menjual 'kedaulatan negara' kepada China ketika lawatan kerjanya ke negara itu baru-baru ini.
Beliau berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
"Mereka selalu hendak menafikan kejayaan besar yang kerajaan lakukan demi manfaat pembangunan negara ini sedangkan sejak arwah bapa saya lagi Tun Razak sudah bekerjasama dengan negara China ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPCP) bersempena sambutan ulang tahun ke-31 serta upacara angkat sumpah GPCP dan Persatuan Huazong di sini malam tadi.
Majlis turut dihadiri Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Duta Besar China di Malaysia Huang Hui Kang.
Perdana menteri turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak adil kerana jumlah pelaburan besar itu memberi manfaat kepada rakyat termasuk pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer.
"Mereka kata kita jual kedaulatan negara kepada China, tetapi dahulu bila Dasar Pandang Ke Timur (diperkenalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pelaburan Jepun di Malaysia, tidak pula dibangkitkan isu ini.
"Ia sama sahaja sebenarnya kerana tujuan asas kerajaan ialah mewujudkan pekerjaan serta mengembangkan ekonomi negara dan atas dasar keadilan ia harus memberi manfaat kepada semua," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta semua badan bukan kerajaan seperti GPCP agar terus beri kepercayaan kepada kerajaan untuk mentadbir negara ini kerana kerajaan sedia ada telah membuktikan dapat mentadbir negara dengan baik dan bukan hanya bercakap kosong semata-mata.
Najib berkata hubungan yang erat antara kerajaan bersama badan bukan kerajaan kaum Cina juga mampu menjadi jambatan yang baik dalam mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak sekaligus dapat memajukan lagi masyarakat Cina di negara ini.
Sebagai perdana menteri, beliau akan memastikan kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional akan menjadi negara yang terus berpegang kepada prinsip kesederhanaan, adil, progresif dan inklusif.
"Inilah sebab kenapa kita berkemampuan untuk kekalkan keamanan dan kestabilan sekaligus mengelakkan daripada sebarang kekacauan berlaku di negara ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 18 2016

Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah (tiga, kiri) menunjukkan tandatangan saksi ketika upacara angkat sumpah AJK baharu GPCP dan Persatuan Huazong pada majlis di Kuantan malam tadi. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.

Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.