Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mengetuai rombongan itu ialah Pengerusi LPPR Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bersama tujuh anggota LPPR, antaranya ialah Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Dr Michael Yeoh Oon Kheng.
Turut serta dalam delegasi ialah Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Datuk Dr Hamzah Kassim.
Dalam perjumpaan kira-kira 30 minit itu, Najib dan anggota LPPR bertukar pandangan mengenai cadangan penambahbaikan dalam usaha memantapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pembentukan LPPR diwujudkan bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam keseluruhan perjalanan SPRM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bergambar bersama anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semasa menerima kunjungan delegasi itu. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

PM Anwar terima kunjungan hormat DPIM, bincang inisiatif pembangunan ekonomi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang diketuai Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.

Agong terima kunjungan hormat Jusuf Kalla
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla hari ini.

PM terima kunjungan hormat David Marriot, sasar promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Marriott International David Marriott yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

PM Anwar terima kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah tiba di Seri Perdana pada 11.25 pagi disambut Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malaysia harap rundingan damai di Sudan berjaya dicapai - PM Anwar
Malaysia menyuarakan harapan agar rundingan yang sedang diusahakan untuk mewujudkan gencatan senjata dan kestabilan berkekalan di Sudan, berjaya dicapai.

PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

PM Anwar terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju jangka panjang berkait NSS
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng.