Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutus ucap selamat daripada Malaysia kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan rakyat Palestin sempena Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin.
Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, berkata selama hampir 70 tahun, usaha antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu Palestin masih sebahagiannya tidak berhasil.
"Resolusi demi resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) langsung tidak dipatuhi oleh Israel.
Malangnya, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dan kuasa-kuasa dunia nampaknya langsung tidak berupaya atau tidak mahu menegur Israel kerana kedegilannya," kata beliau.
Perdana Menteri berkata Israel terus tidak menghiraukan beberapa resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).
'Israel terus mencabuli atau tidak mengendahkan hak rakyat Palestin ketika mengamalkan dasar-dasar dan amalan yang tidak berperikamanusiaan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia serta undang-undang kemanusiaan.
"Yang amat membimbangkan ialah Israel boleh berbuat demikian sewenang-wenangnya dan secara terang-terang mengenepikan pandangan dan sentimen rakyat di seluruh dunia," kata Najib dan menambah provokasi yang berterusan dan keganasan yang meningkat di dan sekitar tapak suci di Baitulmaqdis tidak harus dibiar berterusan.
Najib berkata, selama ini, Malaysia tidak berbelah-bahagi dalam menyatakan sokongannya kepada aspirasi rakyat Palestin dan negara itu telah menyeru semua pihak mengambil tindakan segera ke arah penyelesaian dua negara yang memberi hak fundamental kepada rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri dan membentuk sebuah negara.
"Rakyat Malaysia memuji rakyat Palestin atas kekuatan dan kesungguhan mereka dalam perjuangan untuk menubuhkan negara Palestin.
"Rakyat Malaysia akan terus menyokong dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin, dan berkongsi harapan mereka ke arah penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap isu Palestin, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi UNSC dan UNGA," kata beliau.
Najib juga berharap Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin akan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai semua aspek persoalan Palestin dan menarik sokongan antarabangsa yang lebih luas dan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Semoga Allah Subhanahu Wata'ala mengembalikan kepada rakyat Palestin sebuah negara dikenali sebagai Palestin yang bebas lagi demokratik dan hidup sebelah-menyebelah dengan Israel dalam keadaan aman dan tenteram berdasarkan sempadan sebelum 1967," kata beliau. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016

Resolusi demi resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) langsung tidak dipatuhi oleh Israel. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PM Najib utus ucap selamat sempena Hari Solidariti Antarabangsa Palestin
Perdana Menteri berkata selama hampir 70 tahun, usaha antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu Palestin masih sebahagiannya tidak berhasil.