Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.
"Luxon turut menzahirkan keterujaannya terhadap inisiatif digital yang dilaksanakan oleh JAN seperti papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara (AG's Dashboard) dan Sistem e-SelfAudit," kata jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.
Jabatan itu berkata Wan Suraya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri State Owned Enterprises New Zealand, Simeon Brown; Ketua Audit Negara New Zealand, John Ryan; Ketua Ombudsman, Peter Boshier; dan Pengarah Serious Fraud Office (SFO) Karen Chang.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu Mazita Marzuki dan mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)