PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan pendirian Malaysia kepada Jerman bahawa negara ini tidak memperakui Israel dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis terhadap pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian tegas Malaysia itu disampaikan Anwar kepada Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock, yang mengadakan kunjungan hormat terhadap beliau di Perdana Putra di sini hari ini.
"Isu di Gaza, Perdana Menteri dengan tegas menyatakan bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, wanita dan kanak-kanak yang ramai telah terbunuh," katanya kepada media selepas pertemuan itu.
Mohamad berkata Anwar turut menggesa perlunya negara Jerman selaku rakan baik Israel agar memberikan penekanan supaya diadakan segera gencatan senjata dan menghentikan pengeboman serta apa jua keganasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Selain itu, Mohamad berkata Perdana Menteri menyampaikan hasrat agar pertukaran wacana intelektual antara Malaysia dan Jerman diperbanyakkan memandangkan persepsi berbeza antara Timur dan Barat.
"Ramai pemikir dari Jerman walaupun bukan beragama Islam tetapi mereka banyak mengeluarkan rencana berkenaan dengan Islam," katanya.
Beliau berkata ini boleh dipertingkatkan dengan menangani "pertembungan kejahilan" kerana kurang pemahaman mengenai Islam yang mengakibatkan perasaan syak wasangka yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) ketika menerima Kunjungan Hormat Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock (dua, kiri) di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.