PASIR SALAK: Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perak 2022 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini dengan majlis penutupannya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketibaan Perdana Menteri di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan diiringi paluan kompang kira-kira 30 peserta Persatuan Kompang Kampung Gajah.
Antara yang turut menghadiri program ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yaziz; Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Jelajah AKM peringkat negeri Perak membuka tirai sejak Jumaat dengan lebih 30,000 pengunjung dijangka menghadiri program yang dijadual berakhir pukul 6 petang hari ini.
AKM yang dicetuskan Ismail Sabri adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas.
Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, cabaran yang dihadapi hari ini termasuk perubahan senario ekonomi global, tidak mampu untuk ditangani sendirian oleh kerajaan dan ia memerlukan pelaksanaan langkah proaktif melalui pengubahsuaian dasar-dasar tertentu.
"Saya berharap Keluarga Malaysia untuk menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan subsidi yang akhirnya merugikan kita semua.
"Konsep Keluarga Malaysia amat penting untuk menyatukan kita semua tanpa mengira perbezaan kepercayaan dan fahaman politik, untuk bersama-sama berganding bahu menghadapinya," katanya.
Beliau berkata, sekarang bukan masa untuk menuding jari, kerana cabaran yang dihadapi hari ini amat berbeza dan mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah, sekali gus memerlukan seluruh tenaga yang perlu digembleng bersama untuk menghadapi cabaran ini, dan seterusnya memacu semula ekonomi Malaysia.
Perdana Menteri berkata, Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang sebelum ini diadakan di Johor, Perlis, Sabah, Terengganu dan kini di Perak, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Beliau berkata, ini membuktikan program itu telah memberian manfaat kepada Keluarga Malaysia, kerana mereka berpeluang menyalur sebarang maklum balas yang boleh membantu menambah baik perkhidmatan kementerian dan agensi-agensi Kerajaan.
"Ia juga membuktikan bahawa idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan sekadar retorik atau slogan semata-mata, tetapi kepentingan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga," tambahnya.
Ismail Sabri berkata, amalan hidup bersama ini telah pun berterusan sejak enam dekad lepas dan perlu dipertahankan, malah diperkukuhkan walau apa jua cabaran yang mendatang.
"Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 03 2022
![PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656826230_TBpakmail.jpg)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba bagi menyempurnakan majlis perasmian penutupan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak 2022 di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah hari ini. Gambar BERNAMA
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
Kerajaan Selangor bentang usul percepat siasatan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri bersedia untuk sekali lagi membentangkan usul mempercepat siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang b
AWANI Ringkas 15 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Februari 2025
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu kereta buat pusingan ratusan kali sah skizofrenia
2️⃣ Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, penipuan ke China
3️⃣ Parti putuskan pertandingan dua jawatan tertinggi - Anwar
#awaniringkas
![AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660949011_TBpakmail.jpg)
AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
![Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/71561992224_SurianiAhmad.jpg)
Kenduri trak makanan percuma AKM Selangor
Sebanyak 40 trak makanan pelbagai jenis juadah akan beroperasi Jumaat ini di pekarangan Stadium Shah Alam pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
![PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656826230_TBpakmail.jpg)
PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak
AKM adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas.
![Pencapaian cemerlang kerajaan tidak bermaksud terhenti di situ - Abdul Latiff Pencapaian cemerlang kerajaan tidak bermaksud terhenti di situ - Abdul Latiff](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634045926_AbdulLatiffAhmad.jpg)
Pencapaian cemerlang kerajaan tidak bermaksud terhenti di situ - Abdul Latiff
Masih banyak lagi perkara yang dalam perancangan dan sedang dilaksanakan.
![Polis Kelantan kutip saman RM1.48 juta dalam tempoh tiga hari Polis Kelantan kutip saman RM1.48 juta dalam tempoh tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639216804_ShafienMamat.jpg)
Polis Kelantan kutip saman RM1.48 juta dalam tempoh tiga hari
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan bayaran 57,781 saman yang dikeluarkan.
![PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639138710_IsmailSabriYaakob.jpg)
PM sampaikan surat tawaran IPT kepada pelajar
Perdana Menteri menyampaikan surat tawaran kemasukan ke universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti kepada pelajar di bawah program 'Jom Masuk IPT'.
![Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639068671_DatukSeriHamzahZ.jpg)
Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi di bawahnya.
![Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639047283_PerdanaMenteriDat.jpg)
Aspirasi Keluarga Malaysia: Rakyat boleh lihat kejayaan 100 hari semua kementerian, agensi kerajaan
Rakyat boleh melihat sendiri pencapaian Aspirasi 100 Hari semua kementerian dalam Program 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini.
![Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638864148_DatukSeriFadillah.jpg)
Pencapaian 100 Hari: KKR sudah berjaya laksana kesemua inisiatif
Inisiatif yang dilaksana mempunyai impak langsung kepada rakyat dari segi kualiti dan keselamatan pembinaan selaras motto KKR, iaitu Ke Arah Kesejahteraan Rakyat.
![Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638964772_OPSELAMAT.jpg)
Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula esok hingga 12 Dis ini.