KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedaran dan semangat melalui budaya membaca.
Beliau berkata Malaysia MADANI tidak mungkin dapat diangkat tanpa akhlak, nilai dan kesediaan anak-anak muda untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang meluas.
Anwar, yang menganggap usaha membudayakan membaca sebagai cabaran besar kepada negara, berkata kebangkitan anak muda perlu bermula dengan kekuatan ilmu.
"Sementara ada media sosial, saya tidak boleh pertikai kepentingannya, percayalah kalau mahu menjadi manusia dan insan yang menyebut karamah insaniah, manusia yang ada nilai, akhlak dan ilmu, mesti mulakan tradisi membaca dengan serius.
"Saya hendak gesa secara serius, negara ini harus diangkat menjadi negara MADANI yang ada ilmu, yang ada nilai, yang ada ihsan, ada rahmah. Semua itu boleh dipupuk melalui semangat membaca dan menimba ilmu," katanya ketika merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
PBAKL 2023, yang berlangsung sejak semalam hingga 4 Jun ini, menyasarkan 900,000 pengunjung dan menghimpunkan sejumlah 211 syarikat pempamer dalam industri perbukuan melibatkan 812 reruai.
Perdana Menteri turut menyeru warga pendidik dan ibubapa agar menekankan budaya membaca dari peringkat awal kerana minat membaca sudah meluntur dengan kewujudan media sosial.
Beliau turut berkongsi pengalaman dan kehadiran dua tokoh ulama besar dunia Islam ke Malaysia semalam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
Anwar berkata berbekalkan ilmu yang dimiliki kedua-dua tokoh ulama itu, pendekatan mereka lebih hikmah dan bijak kerana agama diterapkan dengan ilmu, kasih sayang, toleransi serta hormat-menghormati.
"Tetapi bagi yang dangkal ilmu, yang ilmunya sejengkal, ilmu itu disebarkan dengan menghukum, tanam kebencian, menghina orang, mencerca atas nama agama kerana kefahamannya cetek dan dangkal.
"Ucapan saya hari ini adalah ucapan merayu, memujuk, menyeru, mendesak serta mengasak pemikiran anak-anak muda supaya tukar sikap kita dan mulakan satu budaya, budaya baca yang bersungguh-sungguh dalam kalangan kita," katanya.
Beliau turut meminta semua pihak agar memanfaatkan kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selain bahasa kebangsaan bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.

Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.

Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.

TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.

SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.

PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.

RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.

Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.

Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.