BANDA HILIR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.
Beliau berkata PDRM memerlukan ketangkasan dan kecekapan dalam pasukannya dengan tahap kredibiliti pegawainya yang lebih profesional serta mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kelompok kecil yang merosakkan imej PDRM.
Anwar berkata ini kerana PDRM dilihat sebagai benteng pertahanan utama domestik untuk mengangkat martabat negara.
"Ketua Polis Negara beberapa hari lalu menyergah kuat pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa.
"Dia (Ketua Polis Negara) maklum saya bahawa jumlah ini kecil, walaupun jumlahnya kecil ia memberi imej buruk kepada PDRM keseluruhannya.
"Saya minta kerjasama PDRM perbaiki, cuba ubah imej dan sistem negara kita ini.
"Negara kita ini punyai rekod cemerlang dalam banyak hal tetapi negara kita juga tercemar dengan imej salah guna kuasa dan rasuah yang mencalar," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, di sini, bersempena lawatan rasminya ke Melaka hari ini.
Selain mengingatkan bahawa amalan yang menjurus kepada ketirisan perlu dihentikan, Anwar juga menggesa semua badan penguatkuasaan termasuk PDRM untuk cuba menyelamatkan dana negara yang telah hilang dan mengembalikannya kepada rakyat.
"Badan penguatkuasaan PDRM, APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), dan Kastam mana-mana saja mesti tahu selamatkan dana dan kita pulangkan balik (dana) kepada rakyat.
"Jangan fikir pulang kepada pimpinan... saya mahu pemimpin turun ke bawah tengok sendiri dan kena ambil perhatian tentang apa yang berlaku di bawah.
"Dana tidak cukup maka kena selamatkan negara ini. Maka, tolonglah faham kenapa saya keras bab ini (ketirisan).
"Saya tidak mahu tolak ansur kerana saya nak selamatkan negara ini dan negara boleh kumpul RM10 bilion ke RM15 bilion kalau kita selamatkan (daripada ketirisan)," katanya.
Menyentuh mengenai cadangan pejabat pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk dipindahkan ke Kompleks Wisma Wawasan atau Wisma Amanah di Batu Berendam, Anwar bersetuju dengan perkara itu dan memberi tempoh dua minggu kepada pihak terlibat untuk menyerahkan segala dokumen penyerahan berkaitan kepadanya.
"Kalau kita nak rancang bangunan baharu dan ia akan ambil masa terlalu lama, tiga, empat tahun paling cepat.
"Dalam tempoh dua minggu, mereka (perlu) serahkan semua soal pemindahan serah tanah ini (IPD Melaka Tengah) kepada kerajaan negeri dan ambil alih (Wisma Amanah atau Wisma Wawasan) dengan harga munasabah.
"Sekiranya dalam tempoh dua minggu diselesaikan, saya akan rujuk kepada Jemaah Menteri (berkaitan perpindahan IPD itu)...dalam tempoh itu kalau semua keputusan dibuat saya akan sediakan belanja yang cukup untuk perbaiki supaya sesuai digunakan (IPD Melaka Tengah)," katanya.
Terdahulu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mencadangkan pembinaan IPD Melaka Tengah dan Balai Polis Ayer Keroh berikutan kekangan agensi keselamatan itu untuk beroperasi di bangunan sedia ada.
Menurut Ab Rauf, IPD Melaka Tengah ketika ini beroperasi di sebuah bangunan dibina pada 1924 yang dijadikan sebagai pejabat pentadbiran British, dikenali sebagai "Malacca Volunteer Drill Hall" bagi pasukan The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF) sehingga 1948.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024

Anwar menyampaikan ucapan ketika sesi lawatan dan ramah mesra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Banda Hilir hari ini. -fotoBERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.