BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menafikan dirinya mengamalkan nepotisme selepas pihak pembangkang mendakwa anak saudaranya terlibat dalam pembidaan projek-projek perolehan negara itu.
Portal berita Bangkok Post melaporkan, Prayut mengetepikan dakwaan berkenaan sewaktu perbahasan umum di Parlimen pada Rabu dengan mengatakan semuanya ‘diserahkan kepada sistem keadilan’.
“Untuk sebarang dakwaan tentang salah laku, biarkan sistem kehakiman yang mengambil tindakan.
“Tolong berhenti mengaitkan nama saya dengan saudara-mara saya. Saya tidak pilih kasih pada sesiapa… Kenapa anda tidak sibuk mahu bercakap tentang korupsi sewaktu pentadbiran kerajaan sebelum ini?” ujar Prayut.
Tambahnya, terdapat usaha untuk mengeksploitasi isu itu sebagai kempen pilihan raya bagi memancing undi.
“Satu siasatan akan dijalankan… saya pastikan bahawa saya tidak memandang remeh akan hal ini.
“Saya menggesa anda hormati sistem keadilan. Jika anda temui sebarang perkara yang meragukan, sila failkan aduan dengan pihak polis,” tegasnya.
Beliau memberi maklum balas itu selepas Ahli Parlimen Parti Pheu Thau, Jiraporn Sinthuprai, mengheret nama anak saudara Prayut ke dalam perbahasan di Parlimen.
Jiraporn mendakwa, anak saudara Prayut diberikan keistimewaan menubuhkan dan menjalankan syrikat pembinaan di tapak Kem Somdet Phra Eka Thotsarot di Phitsanulok.
Bagaimanapun, syarikat itu telah berpindah dari kem tentera tersebut pada November 2016, selepas menerima kritikan umum.
Tambah Jiraporn, siasatan sumbernya mendapati syarikat itu menanggung kerugian sepanjang operasi antara tahun 2012 dan 2013, namun masih diberikan tiga lagi projek pembinaan bernilai 28 juta Baht (RM3.6 juta) pada tahun 2014.
Agensi
Thu Feb 16 2023

Prayut menegaskan, terdapat usaha untuk mengeksploitasi isu itu sebagai kempen pilihan raya bagi memancing undi. - Gambar fail
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 pembantu perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Sidang Kemuncak IMT-GT lulus 40 projek bernilai RM204 bilion
Dokumen perancangan IMT-GT menyenaraikan sebanyak 40 projek kesalinghubungan fizikal dengan anggaran kos sebanyak AS$47 bilion.

Kemarau teruk: PM Thailand arah pengeluaran beras dikurangkan
Sejak menerima hujan di bawah paras sederhana selama empat tahun berturut-turut, rizab air negara itu semakin susut hinggakan saluran pengairan mengering.

Pilihan raya umum Thailand bakal diadakan pada pertengahan 2017
Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-O-Cha menegaskan bahawa dirinya tidak mahu berada lebih lama dalam kuasa pentadbiran dan tidak mahu meraih kepentingan peribadi.