Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 insentif baharu sebagai satu usaha memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang keseluruhannya bernilai RM2.9 bilion.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam acara Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 di Axiata Arena, hari ini.
"Kerajaan memahami usahawan memerlukan sokongan kerajaan dan insentif ini merupakan satu bentuk sokongan kerajaan kepada usahawan PKS Bumiputera,"katanya dalam ucapannya.
Antara yang diumumkan ialah lanjutan program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dengan peruntukan RM2 bilion, Insentif Penyenaraian Syarikat PKS di pasaran LEAP atau LIVE dan Dana Insentif Tunas Usahawan Belia Bumiputera.
Selain itu, turut diumumkan ialah Galakan Elaun Peningkatan Eksport SME, Inisiatif Wira eDagang DFTZ, Insentif SpeedMeUp, Dana Industri Peruncitan dan Pengedaran, pelanjutan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), pemerkasaan TERAJU dan peruntukan RM50 juta di bawah Dana Insentif Pelaburan.
"Besar harapan saya untuk melihat industri kecil dan sederhana Bumiputera ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi, dan menjana sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi negara, selain meningkatkan lagi pendapatan para pengusaha," kata Datuk Seri Najib.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia atau BumiSME yang bakal menjadi platform untuk menyatukan industri PKS dari pelbagai latar dan industri.
Pengerusi SME Corp, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid, diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sementara persatuan berkenaan dengan dana awalan berjumlah RM10 juta akan disalurkan kepada BumiSME menerusi SME Corp.
Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya, SME Corp, berjaya menghimpunkan lebih 14,000 usahawan Bumiputera dari seluruh negara.
Madiha Abdullah
Fri Mar 30 2018
Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Sesi Sembang Petang bersama golongan Usahawan Bumiputera (HUB) di Stadium Axiata Arena hari ini. - BERNAMA
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.