KUALA LUMPUR :Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus kekal dengan perjuangan utama iaitu menegakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Begitupun, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agenda itu akan dilaksanakan dengan mengutamakan pendekatan sederhana termasuk menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
“Selepas lebih 60 tahun negara kita merdeka, tugas dan tanggungjawab para pemimpin hari ini ialah untuk terus mempertahankan Islam sebagai suatu cara hidup yang syumul dan tidak terpisah dripada nilai yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.
“Islam di negara kita juga perlu terus berfungsi sebagai suatu civilising force – yakni kuasa yang membentuk pemikiran dan peradaban umat Islam di rantau Nusantara ini, selain terus menjadi paksi perpaduan ummah di negara kita yang amat dituntut dalam mendepani cabaran semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden secara maya dalam persidangan itu.
Tambah beliau, kerajaan Perikatan Nasional akan memastikan keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat sentiasa terjamin.
“Saya percaya, Kemakmuran Bersama hanya akan terbentuk apabila semua rakyat dapat berkongsi kemakmuran negara ini secara adil dan saksama, tanpa sesiapapun yang tertinggal di belakang,” ujarnya.
Begitupun, Muhyiddin mengakui usaha melaksanakan prinsip mempertahankan Islam bukanlah suatu tugas yang mudah.
“Negara kita telah memasuki era Revolusi Industri 4.0 dengan pelbagai bentuk cabaran baharu yang kompleks serta mencabar bukan sahaja akidah umat Islam, malah mengganggu-gugat aspek-aspek syariah dan akhlak.
“Ancaman fahaman sekularisme, pluralisme dan liberalisme terhadap kesucian Islam merupakan fahaman-fahaman yang terus mencabar pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah umat Islam di negara kita.
“Fahaman-fahaman ini meresapi pemikiran umat Islam menerusi wacana-wacana yang bersifat keilmuan, walaupun sebenarnya agak menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar,” tegas beliau.
Ridauddin Daud
Sat Nov 28 2020
Agenda itu bagaimanapun turut mengutamakan pendekatan sederhana termasuk menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.