KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan hartanah negeri, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) telah menandatangani perjanjian dengan firma pembinaan IJM Corp Bhd dan Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH) untuk menambah baik infrastruktur jalan raya di daerah selatan Selangor.
Inisiatif tersebut tertumpu kepada Pembangunan Wilayah Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS) bagi meningkatkan potensi ekonomi daerah Sepang dan Kuala Langat melalui pelbagai projek pembangunan merangkumi perindustrian, logistik, pergudangan, pelabuhan, perdagangan, perumahan, pelancongan dan pendidikan, katanya dalam satu kenyataan bersama.
Ketiga-tiga syarikat ini juga bersedia untuk memberi sumbangan besar kepada kemunculan Selangor sebagai hab penting bagi perdagangan dan pelaburan serantau.
Kerjasama itu akan mengkaji pelbagai laluan sambungan yang berdaya maju dan merancang untuk memperkenalkan rangkaian pengangkutan utama bagi meningkatkan ketersambungan, mengurangkan masa perjalanan dan mewujudkan koridor pembangunan baharu.
Dengan memperkukuh logistik dan kecekapan pengangkutan Selangor, mereka berkata inisiatif itu akan merancakkan ekonomi tempatan dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada pasaran, perkhidmatan dan peluang pekerjaan.
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berkata kerjasama tersebut menekankan komitmennya untuk memanfaatkan potensi ekonomi Selatan Selangor.
“Kami berhasrat untuk mewujudkan infrastruktur teguh yang menyokong visi jangka panjang kami untuk pertumbuhan dan pembangunan wilayah sambil menggabungkan elemen mampan dalam Rangka Kerja ESG,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM Lee Chun Fai berkata, kerjasama terbabut bermatlamat untuk memenuhi keperluan infrastruktur dalam tempoh segera dan masa hadapan negeri, memastikan manfaat jangka panjang.
Pengerusi bukan eksekutif LSH, Tan Sri Lim Keng Cheng menambah bahawa gabungan kepakarannya dalam pengurusan modal dan pembangunan infrastruktur akan memastikan kejayaan merealisasikan inisiatif IDRISS. - DagangNews.com
Dagang News
Sun Mar 10 2024

PNSB menandatangani perjanjian dengan firma pembinaan IJM Corp dan LSH untuk menambah baik infrastruktur jalan raya di daerah selatan Selangor. -Gambar hiasan

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Azmin minta Ongkili tetapkan tarikh untuk selesai isu perjanjian
Mohamed Azmin Ali meminta Ongkili menetapkan dengan secepat mungkin tarikh untuk kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor.

Kerajaan Pusat, Selangor meterai perjanjian utama pentrukturan industri air
Perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akhirnya dimeterai.