Kerajaan Perlis digesa menebang segera pokok-pokok besar di tepi jalan raya di sekitar negeri ini kerana ia diibaratkan umpama 'bom masa' yang menjadi antara satu punca utama kemalangan terutama ketika hujan lebat atau ribut.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil berkata sering berlaku kejadian pokok tumbang di jalan raya sehingga menghalang laluan dan lebih serius apabila ada yang menyebabkan kemalangan maut.
"Dalam kejadian ribut semalam misalnya, empat maut dalam kemalangan berasingan dan ada kes pemandu terlanggar pokok yang tumbang ke jalan raya akibat angin kuat.
"Kerajaan negeri harus kaji segera rasional pokok balak ditanam di tepi jalan ini kerana ia memberikan impak yang dahsyat kepada pengguna jalan raya," katanya kepada Bernama selepas meninjau kawasan dilanda ribut di kawasan DUN Sena dan Bintong di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Asrul Nizan melawat beberapa rumah yang mengalami kerosakan di Kampung Baru, Jalan Kaki Bukit, Kampung Baru, Repoh dan Taman Sri Intan dekat sini serta turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga terbabit.
Dalam kejadian ribut di beberapa tempat di Perlis pada Isnin malam, sebanyak 139 laporan membabitkan kerosakan kediaman diterima sehingga 4 petang semalam, selain banyak pokok tumbang di jalan raya sehingga menyebabkan beberapa insiden termasuk kemalangan maut.
BACA: Ribut Padang Besar: Anak konstabel terlibat kemalangan kritikal
BACA: Ribut Perlis: 38 sekolah alami kerosakan
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
![Pokok besar tepi jalan raya sekitar Perlis umpama 'bom masa' - ADUN Pokok besar tepi jalan raya sekitar Perlis umpama 'bom masa' - ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537259666_RibutPerlis.jpg)
Anggota APM Perlis melakukan kerja-kerja memotong pokok yang tumbang akibat ribut ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis, Kangar, 18 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
![Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739059161_Bomohkantoiposmay.jpg)
Bomoh ditahan pos mayat bayi kepada pelancong China
Pol yang ditahan polis memberitahu dia merupakan seorang bomoh sihir dan mengaku boleh bercakap dengan roh orang mati.
![Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739055880_tbCongoconflictD.jpg)
Pemimpin Afrika berhimpun di Tanzania bincang konflik timur Congo
Pemimpin beberapa negara Afrika berhimpun di Tanzania dalam usaha menamatkan pertempuran di timur Congo.
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran, pada Sabtu dan membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan isu berkaitan.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Kekejaman Zionis: 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel. Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
AS: Kanada mahu memperkukuh hubungan ekonomi dengan EU
EU dan Kanada telah mendapat manfaat daripada perjanjian perdagangan bebas sejak 2017, yang telah meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 65% dan mewujudkan perkongsian bahan mentah pada tahun 2021.
Lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam Belanjawan Singapura - Lee Hsien Loong
Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong berkata dalam tempoh dua tahun lalu, pemerintah telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk menyokong rakyat Singapura yang bimbang dengan kos sara hidup, terutama mereka yang paling memerlukan bantuan.
![42 tahanan Palestin tiba di Ramallah 42 tahanan Palestin tiba di Ramallah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739056884_tbPalestinianprison.jpg)
42 tahanan Palestin tiba di Ramallah
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga.
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030), bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir sambutan CNY
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
Keberangkatan tiba baginda berdua di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom pada 8.32 malam disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.
![Pokok besar tepi jalan raya sekitar Perlis umpama 'bom masa' - ADUN Pokok besar tepi jalan raya sekitar Perlis umpama 'bom masa' - ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71537259666_RibutPerlis.jpg)
Pokok besar tepi jalan raya sekitar Perlis umpama 'bom masa' - ADUN
Kerajaan Perlis digesa menebang segera pokok-pokok besar di tepi jalan raya di sekitar negeri ini kerana ia diibaratkan umpama 'bom masa'.