KUALA KANGSAR: Berusia 146 tahun, pokok getah tertua di Malaysia yang menjadi pencetus kepada industri getah sebagai penyumbang ekonomi utama negara, kini dikatakan bernilai hampir RM200,000.
Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Saiful Azli Mohamed Nor berkata pokok warisan itu atau nama saintifiknya Hevea brasiliensis, bagaimanapun memerlukan jagaan rapi dengan kos menyenggara dan rawatan kira-kira RM3,000 hingga RM5,000 setahun.
"Nilai semasa bagi pokok getah ini adalah RM194,183. Pokok getah ini termasuk dalam senarai pokok warisan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
"Oleh kerana usianya yang mencecah 146 tahun, pokok ini tidak mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi untuk memperbaiki strukturnya sendiri jika berlaku sebarang kerosakan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Saiful Azli berkata, cantasan pokok dilakukan sekali setahun dengan kadar RM1,000 hingga RM3,000 bergantung kepada kesukaran kerja dan MPKK juga melakukan rawatan kulat serta pemberian baja yang memakan kos RM500 hingga RM1,000.
"Tidak lupa pemeriksaan kesihatan dan penilaian lanjutan yang dilakukan dua tahun sekali, kos anggaran bagi pemeriksaan ini adalah RM500 hingga RM2,000 bergantung kepada keadaan semasa pokok itu," katanya.
Menyingkap sejarah, kumpulan benih pokok getah pertama dibawa dari Taman Kew, England ke Semenanjung Tanah Melayu pada 1877 iaitu sebahagian daripada benih tersebut ditanam di Taman Botani Singapura.
Sementara selebihnya iaitu sembilan anak pokok ditanam di Kuala Kangsar oleh Penguasa Taman Botani Singapura H.J Burton pada tahun sama.
Kini, setelah merentas pelbagai era bermula zaman kolonial Inggeris, tahun-tahun sengsara pendudukan Jepun, prakemerdekaan, pascakemerdekaan, hinggalah melangkah ke alaf baharu, hanya satu pokok masih berdiri yang menjadi saksi kepada pemodenan negara amnya dan Kuala Kangsar khususnya.
Namun sejauh mana pokok yang kian uzur itu mampu bertahan, Saiful Azli berkata, ia tidak dapat dianggarkan.
"Pihak kami cuba mengekalkan hayat pokok getah ini dengan memberi rawatan dan penjagaan yang sepatutnya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Berusia 146 tahun, pokok getah tertua di Malaysia yang menjadi pencetus kepada industri getah sebagai penyumbang ekonomi utama negara, kini dikatakan bernilai hampir RM200,000. - Gambar BERNAMA
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Pokok getah tertua di Malaysia bernilai hampir RM200,000 perlu jagaan rapi
Pada usia 146 tahun, pokok ini tidak mempunyai simpanan tenaga yang cukup untuk perbaiki strukturnya jika berlaku sebarang kerosakan.