KUALA LUMPUR: Poland, satu daripada pengeluar epal terkemuka dunia dan terbesar di Eropah menyasarkan untuk menembusi pasaran Malaysia, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengedar Buah dan Sayuran Poland, Paulina Kopec
Poland kini sedang mencari pasaran baharu selepas tidak dapat mengeksport ke dua pasaran tradisi utamanya - Rusia dan Belarus berikutan sekatan yang dikenakan susulan krisis Ukraine.
"Kami berhasrat untuk meneroka pasaran Malaysia...kami dapat tahu epal adalah buah kegemaran ramai rakyat Malaysia," katanya dalam temu bual dengan Bernama pada pelancaran produk itu, di sini, Khamis.
Kopec berkata persatuan itu sudah berbincang dengan pengimport buah-buahan Malaysia mengenai kemungkinan memulakan pengeksportan epal ke Malaysia secepat mungkin.
Terdapat 30 jenama epal dihasilkan di Poland antaranya Gala, Golden Delicious, Red Delicious, Red Chief, Red Jonaprince dan Najdared.
Pada masa ini Mesir adalah pasaran terbesar epal Poland. Pasaran lain termasuk Israel, India, Vietnam, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.
Kopec berkata selain Malaysia, pihaknya juga sedang mengintai peluang pasaran baharu di rantau ini iaitu Thailand dan Indonesia malah benua Afrika.
"Selain epal, kami juga memberi tumpuan kepada kemungkinan mengeksport beri ke Malaysia seperti beri biru dan strawberi," katanya.
Kopec berkata epal di Poland dihasilkan mengikut prinsip pertanian mampan dan Perjanjian Hijau Eropah dengan jaminan kualiti oleh pihak kawal selia yang berkaitan termasuk GLOBAL G. A. P.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Epal di Poland dihasilkan mengikut prinsip pertanian mampan dan Perjanjian Hijau Eropah dengan jaminan kualiti oleh pihak kawal selia. - Gambar hiasan
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.
57,000 penduduk Poland terjejas oleh banjir besar
Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai melimpah keluar dari tebing, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang.
Empangan kedua di barat daya Poland pecah selepas hujan lebat
Empangan di Stronie Slaski, dalam Wilayah Lower Silesia, telah pecah dan air dari Sungai Biala Ladecka kini mengalir tanpa halangan.
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
1 maut, 9 cedera dalam serangan pisau di rumah anak yatim
Seorang remaja perempuan maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian serangan pisau di rumah anak yatim di tengah Poland lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
WUF 2022 buka tirai ketika dunia berdepan dengan krisis 4C
Forum penting ini akan menjadi medan perbincangan dasar pembangunan urban yang lebih lestari untuk masa akan datang.
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.
Huawei pecat pekerja yang ditahan di Poland atas dakwaan pengintipan
Tiada bukti telah didedahkan secara umum dan syarikat itu sudah berulang kali menafikan tuduhan.
Pereka bilik 'Escape Room' dihadapkan ke mahkamah Poland
Seorang pereka bilik permainan 'Escape Room' di Poland di mana lima remaja perempuan maut akibat kebakaran minggu lalu, telah dibawa ke mahkamah.
Lima remaja perempuan maut dalam kebakaran, 13 'Escape Room' ditutup
Pihak polis Poland telah mengarahkan 13 pusat permainan Escape Room ditutup kerana isu keselamatan.