SHAH ALAM: Mana-mana lelaki yang ingin berpoligami perlu mengikut peruntukan undang-undang yang telah digubal dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis, demi memberikan kemudahan dan manfaat serta menolak kemudaratan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sebagai contoh, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 digubal demi menjaga kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.
"Mereka yang ingin berpoligami perlu mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan kerana memulai sebuah hubungan suci dengan teratur dan jujur sangat penting bagi menjamin kerukunan, kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga, apatah lagi beberapa keluarga di bawah satu pimpinan dalam keluarga poligami," katanya kepada Bernama.
Katanya tindakan berpoligami secara tidak sah dan teratur seperti bernikah di luar negara atau secara sindiket menyebabkan institusi agama di negara ini dilihat gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjaga kemaslahatan umat Islam, malah dilabel menyusahkan urusan poligami.
Mengulas mengenai risiko perkahwinan tidak mengikut undang-undang ditetapkan, beliau berkata terdapat beberapa kes perkahwinan yang tidak dapat disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah disebabkan isu wali dan pernikahan yang dilaksanakan oleh pihak tidak diberi tauliah oleh negara terlibat.
Mohd Zawawi berkata hal ini menyebabkan pasangan berkenaan tidak diiktiraf sebagai suami isteri dari segi hukum syarak dan tidak dapat didaftarkan secara sah mengikut undang-undang.
Selain itu, beliau berkata antara kesan perkahwinan poligami tidak sah adalah seperti kesukaran pendaftaran anak di Jabatan Pendaftaran Negara dan risiko disabitkan sebagai anak tidak sah taraf, sukar mengemukakan tuntutan berbangkit daripada perkahwinan serta kesulitan pembahagian harta jika berlaku kematian.
Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata sebanyak 322 pendaftaran kes pengesahan nikah poligami yang tidak mengikut mengikut undang-undang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor dan diperintahkan untuk mendaftar di Jabatan Agama Islam tahun lepas.
Angka itu adalah peningkatan 18.4 peratus iaitu berbanding 272 kes pada 2021, katanya.
"Daripada 322 kes tersebut, sebanyak 93 peratus atau 299 kes merupakan pernikahan yang dilangsungkan di selatan Thailand manakala selebihnya adalah pernikahan secara sindiket yang dilangsungkan di dalam negara yang melibatkan jurunikah tempatan dan jurunikah Thailand," katanya.
Mohd Zawawi berkata mana-mana pihak yang yang membuat poligami tanpa kebenaran mahkamah boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah Seksyen 124, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Dari sudut perundangan, mereka yang mempunyai isteri perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah di negeri itu untuk berpoligami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Ada enakmen digubal demi kebajikan dan kepentingan pihak-pihak dalam perkahwinan termasuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan saudara-mara.. - Gambar hiasan/Bernama

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak
Poligami yang tidak didaftarkan boleh memberikan kesan kepada status dan masa depan anak yang dilahirkan, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Suami diingatkan tidak sembunyi pernikahan baharu - Peguam
Mereka disaran bersikap bertanggungjawab dan berani termasuk tampil ke pejabat agama membuat permohonan mengikut saluran ditetapkan.

Poligami: Hampir 30 pasangan dari Malaysia ke selatan Thailand setiap bulan
Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Malaysia datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

Sanusi nafi berpoligami
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan beliau berkahwin lain seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

300 pasangan Malaysia nikah di Selatan Thailand setiap bulan
60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga.

Beri perumpamaan seperti sayang anjing sebab lelaki Jepun kahwin empat
Bagi Watanabe hidup berpoligami dengan empat isteri lebih kepada hubungan seperti sahabat.

Isteri pertama pinang sahabat baik jadi madu
Seorang mutawif menerima hasrat isterinya untuk meminang isteri kedua sebelum majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah masjid pada 24 Disember lalu.

“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."

'Terima kasih isteri pertama kerana sabar' - Aliff Teega sahkan kahwin dua
Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin.

Hukum suami kahwin lain tanpa izin, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.