MEREKA yang mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula, boleh menjadi faktor berlakunya kanser pangkal rahim.
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Kanser Ginekologi), Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali berkata, masyarakat negara ini perlu lebih memahami bagaimana mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang merupakan penyebab kanser berkenaan, berlaku.
Kerap kali kanser pangkal rahim dikaitkan dengan tabiat seksual rambang, namun ia tidak semestinya benar.
“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Kadang-kala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV.
"Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan.
"Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut.
"Jangan hanya menuduh seseorang itu mengamalkan hubungan seks rambang apabila menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta.
Dalam masa yang sama beliau mengingatkan mereka yang mengamalkan monogami tetap mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan HPV.
"Sifat virus tersebut sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita.
"Apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi," jelasnya lagi.
Penggunaan kondom semasa hubungan seks juga bukan bermakna seseorang itu akan selamat daripada jangkitan HPV, memandangkan ia tersebar menerusi sentuhan.
Jalan paling berkesan untuk mengelakkan jangkitan, kata Dr Hatta, ialah vaksinasi.
“Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi.
"Kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta.
Madiha Abdullah
Tue Jun 01 2021

Kerap kali kanser pangkal rahim dikaitkan dengan tabiat seksual rambang, namun ia tidak semestinya benar. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim
Kerap kali kanser pangkal rahim dikaitkan dengan tabiat seksual rambang, namun ia tidak semestinya benar.

70 polis wanita dikesan hidap virus HPV
Statistik terbabit dikenal pasti hasil saringan yang dijalankan ke atas 918 polis wanita menerusi Program Frontliner Uniting Against Cervical Cancer untuk warga polis sejak Jun lalu.

HUSM jadi tumpuan rawatan kanser
HUSM kini menjadi hospital tumpuan di negara ini terutama di Pantai Timur bagi merawat penyakit kanser berikutan terdapat ramai pakar perubatan.

Kesan kanser payudara dengan pemeriksaan awal
Penyanyi veteran, Salamiah Hassan, yang mula dikenali di persada seni tanahair sekitar tahun 80-an dengan lagu 'Gelombang' mengetahui dirinya penghidap kanser payu dara pada umur 30 tahun