KUANTAN: Sebuah poliklinik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama di negeri ini bakal beroperasi tahun depan berhampiran Kem Batu 10 di sini, yang akan memanfaatkan 16,000 anggota termasuk keluarga.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek melibatkan kos berjumlah RM27.12 juta itu turut menyediakan pelbagai perkhidmatan perubatan kepada veteran ATM serta orang awam selain daripada anggota tentera dan keluarga.
"(Poliklinik ATM Pahang) Memang berlaku kelewatan kerana ia sepatutnya siap pada September tahun ini, tetapi disebabkan ada masalah tertentu iaitu penemuan mata air, maka kontraktor diberikan lanjutan masa (EOT) selama 302 hari.
"Kalau tak buat (atasi mata air), bangunan tidak akan mampu bertahan lama dan kita menjangkakan projek ini boleh disiapkan pada Julai tahun depan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan poliklinik ATM, Markas Angkatan Bersama dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Pangkalan Udara Kuantan (PU) di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata selain Kuantan, empat lagi negeri turut memperoleh kemudahan kesihatan sama iaitu Kuching, Sarawak; Sungai Petani, Kedah; Kluang, Johor dan Kelantan.
"Kita ada lima poliklinik, dua sudah siap iaitu di Kuching dan Sungai Petani manakala di Johor sedang dibina dan (dijangka) tahun depan siap sementara satu lagi belum dibina, dirancang di Kelantan.
"Lingkungan (kos pembinaan) tidak lebih daripada RM35 juta setiap satu dan pembinaan hospital baharu di Kem Terendak (Sungai Udang, Melaka) dengan kos lebih RM300 juta yang sepatutnya siap pada 2027, ganti sedia ada," katanya.
Pembinaan fasiliti kesihatan terbaharu ATM itu, katanya merupakan antara usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan bagi menjaga kebajikan anggota dan veteran tentera dalam mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan terbaik.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan turut memperuntukkan RM22.52 juta bagi menyelenggara RKAT negeri ini meliputi Markas 4 Briged, Markas Wilayah Laut 1 dan PU Kuantan.
Selain itu, beliau berkata projek rumah baharu RKAT untuk Markas Angkatan Bersama di Jalan Panching di sini sedang dibina melibatkan kos RM197.7 juta yang dijangka siap pada Jun tahun depan.
Mohamed Khaled turut menyerahkan cek replika untuk Peruntukan Senggaraan Tahun 2024 bernilai RM22,519,952 yang diagihkan sebanyak RM3,065,602 kepada Markas Wilayah Laut 1, Markas 4 Briged (Mekanize) (RM7,414,350) dan PU Kuantan (RM12,040,000).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Mohamed Khaled mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan poliklinik ATM, Markas Angkatan Bersama dan RKAT di Pangkalan Udara Kuantan (PU), hari ini. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Penduduk Israel protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv
Warga Israel meneruskan protes berhampiran Kementerian Pertahanan di Tel Aviv sehari sebelum tiga tebusan dijadualkan dibebaskan pada Khamis.

Penghantaran pulang warga Palestin sedang dimuktamadkan - Adly
Kementerian Pertahanan sedang memuktamadkan proses penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk menerima rawatan.

Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera.

Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.

PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.