Imunisasi tambahan akan diberikan kepada semua kanak-kanak berumur bawah lima tahun di Sabah secara berperingkat bagi mengelakkan penularan virus polio.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya sedang melakukan perancangan rapi dan pemberian imunisasi tambahan ini akan dijalankan secepat mungkin.
“Aktiviti pemberian imunisasi untuk kanak-kanak yang tercicir imunisasi di kawasan tempat tinggal kes dan kawasan berhampiran dilaksanakan bagi memastikan liputan imunisasi polio ditingkatkan.
“Malah sehingga 14 Dis 2019, seramai 59 kanak-kanak berumur dua bulan hingga 15 tahun di kawasan tersebut yang tercicir imunisasi telah diberikan vaksin polio dan kesemua mereka ini merupakan kanak-kanak bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Bayi dijangkiti polio dilaporkan stabil
BACA: Polio kembali! Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan
Pada 8 Disember lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes jangkitan virus polio di Sabah membabitkan seorang bayi lelaki warga Malaysia berusia tiga bulan dari Tuaran.
Bayi berkenaan masih dirawat di Bilik Isolasi hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata sehingga kini tiada kes baru polio dilaporkan dan langkah pencegahan dan kawalan telah dilakukan dan sedang diteruskan.
“Aktiviti pengesanan kes-kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) yang menunjukkan gejala seakan-akan poliomyelitis (iaitu proksi kepada penyakit poliomyelitis) di kawasan sekitar tempat tinggal kes sedang diperluaskan ke kawasan berhampiran dan kawasan berisiko.
“Seramai 1,553 orang telah diperiksa dan tiada yang bergejala AFP dikesan. Malah pengambilan sampel najis dari 20 orang kontak rapat bayi tersebut telah dijalankan untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.
“Enam sampel persekitaran dari kawasan terlibat dan kawasan berisiko telah diambil bagi pengesanan kehadiran virus polio dan sedang menunggu keputusan makmal,” jelas beliau.
BACA: Polio: 75 peratus tidak tunjuk gejala jangkitan - Pakar
VIDEO: Virus polio mungkin berpunca dari pengunjung negara luar
Menurutnya, pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui persampelan air kumbahan juga diteruskan di enam loji rawatan air kumbahan terpilih di Sabah dan sehingga kini, tiada virus polio liar atau vaccine-derived poliovirus (VDPV) dikesan.
“Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah-langkah pencegahan juga giat dijalankan di kawasan terlibat dan kepada umum melalui pelbagai pendekatan seperti media sosial, pendidikan individu, edaran bahan pendidikan kesihatan dan ceramah.
“Semua fasiliti kesihatan telah diarahkan untuk memastikan semua kes AFP dipantau dan dijalankan ujian pengesanan virus polio.
Tambah Noor Hisham, kementerian akan terus berhubung dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mendapatkan maklumat terkini situasi polio secara global.
Sementara itu, satu kerjasama dengan pihak United Nations Children's Fund (UNICEF) sedang diperhalusi bagi mendapatkan bekalan vaksin pada kos yang rendah (disubsidi) untuk program imunisasi bukan warganegara di Sabah.
Afiezy Azaman
Sun Dec 15 2019

Noor Hisham berkata sehingga kini tiada kes baru polio dilaporkan dan langkah pencegahan dan kawalan telah dilakukan dan sedang diteruskan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.

Air kumbahan telah dirawat suci untuk digunakan - Mufti
Katanya, keputusan dibuat pada 7 Nov 2008 berhubung kes pengurusan air sisa buangan dari pusat penyembelihan ternakan Sungai Pinang.

Lima tahun hidu bau busuk air kumbahan
Ia berlaku disebabkan sistem kumbahan di taman perumahan berhampiran yang tidak diselenggarakan dengan sistematik selain loji kumbahan yang didapati tidak berfungsi.

Limpahan air bercampur najis masuk rumah
Penduduk, Muhammad Khairul Hafizi Mohidin, 29, mendakwa, kejadian pada jam kira-kira 3 pagi Jumaat itu merupakan terburuk dan pernah berlaku pada 2020.

Pencemaran: 40 tong berisi 4,000 liter bahan buangan ditemukan dalam premis
Berdasarkan siasatan awal, ACP Arifai Tarawe berkata, polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam kes tersebut.

Teknologi rawatan air kumbahan baharu dijangka dilaksanakan - Tun Mahathir
Projek itu yang kini sedang dijalankan di Pantai Tengah, Langkawi menunjukkan hasil yang berkesan selepas melalui sesi percubaan selama dua tahun.

Pembuangan sisa secara haram, jejas operasi loji IWK
Loji-loji rawatan kumbahan IWK tidak dapat merawat sisa haram yang masuk ke dalam loji kerana ia hanya mampu merawat sisa kumbahan sahaja.

Polio: Imunisasi tambahan kanak-kanak bawah umur lima tahun di Sabah
Perancangan rapi sedang dilakukan dan pemberian imunisasi tambahan ini akan dijalankan secepat mungkin.

Pemilik restoran minta IWK tangani masalah limpahan air kumbahan
Pengusaha sebuah restoran di Taman Serai di sini meminta Indah Water Konsortium (IWK) menangani segera masalah limpahan air kumbahan yang berlaku ketika hujan lebat kerana ia menjejaskan perniagaan.

RHB: Salcon mampu peroleh lebih banyak kontrak
RHB Research percaya firma kejuruteraan air dan air kumbahan, Salcon Bhd, mempunyai peluang baik untuk memperoleh lebih banyak kontrak berkaitan air.