SHAH ALAM: Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini, tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu.
Justeru, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya akan memanggil individu yang memuat naik video berkenaan.
Menurutnya, pemantauan dijalankan pihaknya selepas individu berkenaan mendakwa kilang minuman keras itu beroperasi berdasarkan asap yang keluar menerusi serombong asap kilang kira-kira jam 7.40 petang.
"Polis telah berjumpa dengan pengurus kilang yang menjelaskan kilang berkenaan memang tidak beroperasi sejak 1 Jun lalu.
"Team Task Force telah menjalankan siasatan dan pematuhan secara keseluruhan di lokasi dalam dan luar kilang mendapati pihak kilang mematuhi dengan baik segala Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 dan akur tidak menjalankan sebarang bentuk operasi pengilangan," katanya ketika ditanya sama ada individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan akan dipanggil polis atau sebaliknya.
Beliau memberitahu, asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau yis bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.
Selain itu katanya, polis difahamkan wap atau asap perlu di keluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan dan proses itu di panggil meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga.
"Pihak pengurusan kilang berkenaan telah memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa akur dengan arahan pihak berkuasa demi untuk kepentingan bersama dalam memutuskan penularan wabak Covid-19," jelasnya.
Pada Jumaat, tular video dalam Facebook mendakwa kilang berkenaan menjalankan operasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan ketika ini.
Video berdurasi 40 saat itu dipercayai dirakam seorang individu dan memuat naik dalam Facebook.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Polis akan panggil perakam video dakwa kilang arak beroperasi
Sinar Harian
Sat Jun 19 2021
Polis menjalankan pemantauan di kilang arak tersebut dan mendapati tiada pengoperasian dijalankan. - Foto Sinar Harian
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Polis akan panggil perakam video dakwa kilang arak beroperasi
Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 Shah Alam tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu.
PKP: Tindakan tepat batal pengecualian kilang arak - Timbalan Menteri
Katanya, tindakan membatalkan pengecualian yang diberi kepada syarikat minuman keras itu perlu diambil kerana tidak ada kebaikan dalam membenarkan kilang tersebut beroperasi dalam tempoh PKP.