‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin akan dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan berhubung tindakannya yang kononnya 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya ada menerima beberapa laporan berkaitan tindakan individu tersebut.
Justeru katanya, polis akan mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah yang memerlukan Ibrahim untuk tampil memberi kenyataan berhubung tindakannya.
"Kita tahu mana nak cari dia. Saya menyeru kepada dia, cukuplah melakukan perbuatan mengarut yang memalukan kita sebagai orang Melayu, jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kembara Sang Saka Biru dan Majlis Pra Pelancaran Kempen Rayuan Tabung Warisan Amanah Polis di Perkarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir, hari ini.
Tambah beliau, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak terus menularkan ritual lelaki yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu.
Astro Awani
Sun Mar 19 2017
Gelagat Raja Bomoh Datuk Ibrahim Mat Zin (tengah) yang melakukan upacara jampi yang kononnya membantu kelancaran pengurusan mayat warga Korea Utara pada 13 Mac lalu - Foto Fail Bernama
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Tiba-tiba Raja Bomoh 'ghaib', 3 penjuru di Parlimen Bagan Datuk
Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin sah tidak bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi.
PRU14: 'Jual kelapa dua biji, orang kenal saya' - Raja Bomoh
Ibrahim Mat Zin berjanji kalau menang di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak, elaun Parlimennya akan disedekah pada rakyat sepanjang lima tahun berkhidmat.
Pihak berkuasa digesa halang kegiatan khurafat raja bomoh dengan segera
Zamihan berkata sepatutnya sudah lama pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang melakukan perkara khurafat.