KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskhah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang di sini, Sabtu lepas (18 Feb).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata lapan individu itu termasuk mereka yang ada dalam video tular berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi mengenal pasti rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, surau dan masjid berhampiran.
"Al-Quran itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis bagi siasatan seterusnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan KL Cops Night Ride sempena sambutan Hari Polis ke-216 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata seorang wanita tempatan yang juga Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan membuat laporan polis dengan memaklumkan beliau menemukan beberapa naskhah kitab suci itu di dalam longkang.
Beh berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.
Dalam perkembangan lain, seorang lelaki yang ditahan selepas videonya tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan tangannya bergari dan memegang senjata api di dalam sebuah kenderaan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Azmi berkata lelaki berusia 46 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya tamat hari ini namun siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti pemilik gari dan pistol tersebut.
"Hasil siasatan mendapati lelaki itu mengaku kejadian tersebut berlaku pada 2016 dan siasatan diteruskan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Menurut Azmi, lapan individu yang diambil keterangan itu termasuk mereka yang ada dalam video tular berhubung kejadian tersebut. - Foto BERNAMA
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Penganggur tak mengaku buang helaian al-Quran
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran di tepi jalan pada minggu lalu.
Buang al-Quran dalam longkang: Polis selesai ambil keterangan 14 individu
Polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan kes berkenaan dan sedang berusaha mengesan pihak yang melakukan perbuatan itu.
Polis ambil keterangan lapan individu kes penemuan al-Quran dalam longkang
Polis selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang.
Longgokan hiasan ayat al-Quran ditemui tepi jalan
Pihak tidak bertanggungjawab dikesan membuang hiasan ayat-ayat al-Quran di Jalan P/AM 2, Kawasan Perindustrian Arab Malaysia di Nilai pada Selasa.