Polis mengambil keterangan daripada tujuh pelajar lelaki dari dua sekolah menengah yang terlibat dalam satu pergaduhan di Dataran Harbour Mall di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Mohd Hamin berkata pihak sekolah telah membawa pelajar terlibat ke Balai Polis Sandakan pada jam 11 pagi Selasa bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.
Katanya selepas keterangan dan rakaman percakapan pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun itu diambil, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Klip video pergaduhan pelajar tersebut viral di Facebook.
Azhar berkata siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek selepas salah seorang pelajar memuat naik gambarnya dalam aplikasi WeChat.
Beliau berkata sebelum ini, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Sandakan bagi kedua-dua buah sekolah telah mengambil tindakan susulan dengan menemui pengetua dan guru disiplin sekolah bagi mengenal pasti pelajar terlibat untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2018

Polis berkata pihak sekolah telah membawa pelajar terlibat ke Balai Polis Sandakan pada jam 11 pagi Selasa bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Polis ambil keterangan tujuh pelajar bergaduh di Harbour Mall Sandakan
Polis hari ini mengambil keterangan daripada tujuh pelajar lelaki dari dua sekolah menengah yang terlibat dalam satu pergaduhan di Dataran Harbour Mall di sini pada Jumaat lepas.