Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai bahawa larangan memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api yang diharamkan masih berkuat kuasa.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, ini bagi mengelak daripada berlakunya kecederaan dan kematian, serta punca kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda.
Beliau memaklumkan, hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' sahaja yang dibenarkan kerana kedua-duanya tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.
"Namun begitu, penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit dari ibu pejabat polis daerah (IPD) yang berkaitan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Mana-mana orang yang didapati memiliki, menjual, membeli atau bermain sebarang mercun atau bunga api selain daripada yang dibenarkan, boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207)," katanya dalam satu kenyataan sempena Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan 16 Feb ini.
Menurut beliau, antara hukuman yang boleh dikenakan jika disabit kesalahan termasuklah penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Bermain dan membakar mercun atau bunga api yang dilarang juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955," katanya.
Selain itu, tambah beliau, mana-mana pihak yang didapati mengilang, memiliki atau mengimport mercun dan bunga api tanpa permit, juga boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Laputan 1957 yang mana jika sabit kesalahan, dan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
"PDRM berharap agar larangan bermain mercun dan bunga api ini dapat dipatuhi oleh semua pihak," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Feb 11 2018

Hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' sahaja yang dibenarkan kerana kedua-duanya tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

PGA rampas rokok, minuman keras dan mercun seludup bernilai RM2.31 juta
Serbuan yang dijalankan di Selangor dan Johor itu turut menahan lapan lelaki warga tempatan berusia 33 hingga 64 tahun.

Polis beri ingatan, larangan bermain mercun masih berkuat kuasa
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengingatkan orang ramai bahawa larangan memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun atau bunga api yang diharamkan masih berkuat kuasa.