JELEBU: Polis menahan seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu semalam, di Kampung Petasih Tengah, Pertang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zairizan Zainal, 42, yang sedang menunggu perbicaraan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu ditahan kira-kira pukul 5.15 pagi tadi.
"Lelaki terbabit telah memecah masuk sebuah rumah di kampung itu dan cuba melarikan sebuah kereta Proton Waja tetapi berjaya dihalang seterusnya ditangkap oleh orang kampung dan polis.
Menerusi tangkapan lelaki berasal dari Jasin, Melaka itu menjadikan keseluruhan dua daripada tujuh lelaki yang melarikan diri dari penjara semalam berjaya ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jelebu di sini, hari ini.
Banduan pertama yang ditahan semula, Sohaimi Khalid berusia 50 tahun diberkas di kawasan kebun sawit, Kongkoi di sini dalam jarak dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 malam semalam.
Menurut Maslan banduan pertama ditahan semua itu telah dibenarkan reman oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol selama empat hari bermula hari ini manakala permohonan reman untuk banduan kedua ditahan semula akan dijalankan esok di mahkamah sama.
Beliau berkata siasatan polis mendapati kejadian kira-kira 6 pagi itu berlaku di Blok Muhasabah 2, Penjara Jelebu di lokasi kesemua banduan reman terbabit ditempatkan dan mereka dipercayai melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar yang disyaki dipotong menggunakan pemotong besi di tepi blok itu.
Susulan itu, polis mengadakan empat sekatan jalan raya di sempadan Jelebu iaitu Nilai, Kuala Pilah dan Jempol dalam usaha mengesan kesemua mereka yang masih lolos termasuk dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu.
Dalam pada itu, beliau berkata lima banduan yang menunggu perbicaraan bagi kesalahan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 itu dipercayai sudah menukar pakaian masing-masing sebaik berjaya melarikan diri dan disyaki berjalan kaki dan bersembunyi di kawasan pinggir kampung.
Menurutnya, polis sedang giat mengesan kesemua baki banduan berkenaan dan dipercayai masih berada di daerah ini dengan tumpuan pencarian dilakukan di sekitar kawasan Pertang.
BACA: Polis buru enam banduan lari dari Penjara Jelebu
Lima lagi yang masih bebas dikenali sebagai Muhammad Syafiq Rohmat, 32; Shazuan Md Sharif, 32; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai, Zainuddin, 62.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Insp Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096996, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Polis menahan seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu semalam, di Kampung Petasih Tengah, Pertang hari ini. - Foto ihsan PDRM
[TERKINI] Rasuah: Ismail Sabri dijangka beri keterangan 10 pagi ini
Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan pada 10 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Hina pengadil: Correa digantung lima perlawanan
Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah langsung pada minit ke-88 ketika tumpas 1-2 kepada Getafe dalam La Liga.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.

Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.

Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.

Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.

Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.