IPOH: Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.
Polis turut menyita tiga kenderaan mewah termasuk Toyota Alphard dan Ford Mustang serta barang kemas dianggarkan bernilai RM763,693.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Pantai Remis kira-kira jam 7 pagi, polis menahan seorang lelaki tempatan dan tiga wanita Vietnam, berumur antara 32 hingga 39 tahun serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM95,043.
Menurutnya, susulan itu, kira-kira jam 3.30 petang hari yang sama, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan Panchor, yang dipercayai digunakan sebagai tempat memproses dan membungkus pil Ecstasy.
“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut telah menjumpai pil Ecstasy sebanyak (11,838) biji atau anggaran berat 5,592 gram; serbuk disyaki dadah jenis Ecstasy anggaran berat 38,326 gram; cecair disyaki Ecstasy anggaran berat 31,311 gram.
"Turut ditemui, daun-daun kering disyaki ganja anggaran berat 2,056 gram; ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (844 gram); dan dadah disyaki heroin (162 gram).
"Nilai rampasan dadah itu dianggarkan berjumlah RM5,429,979.80,” katanya pada sidang media di pekarangan IPK Perak di sini, hari ini.
Menurutnya, turut dirampas ialah bahan-bahan kimia dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses serta membungkus dadah.
Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta ialah lebih RM6,288,716, iaitu yang terbesar tahun ini.
Menurut Mohd Yusri, hasil saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek, mendapati kesemuanya positif dadah jenis Amphethamine dan semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau.
Katanya, sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022 dan dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di Perak yang boleh digunakan kira-kira 258,214 orang penagih dadah.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Apr 04 2023

Mohd Yusri (dua, kiri) berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta ialah lebih RM6,288,716, iaitu yang terbesar tahun ini. - Gambar/ Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta
Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.