KUALA TERENGGANU: Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 ekor kucing jalanan yang mati bergelimpangan dipercayai akibat perbuatan khianat di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Mohammad berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada seorang individu yang telah menerima video melalui Whatsapp tentang kejadian kematian kucing terbabit di kawasan sekitar pantai itu, pada kira-kira 10 pagi semalam.
Katanya siasatan awal mendapati bangkai kucing-kucing berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki yang pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di atas tanah sekitar pantai tersebut pada kira-kira 8.30 pagi, Ahad.
"Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan. Dua ekor kucing mati berdekatan persisiran pantai, manakala 13 ekor kucing lagi mati di atas tanah berdekatan pokok-pokok.
"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Abdul Rosak kesemua bangkai kucing berkenaan kemudiannya telah ditanam oleh lelaki tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu katanya pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu telah hadir ke tempat kejadian dan mengeluarkan semula kucing yang telah ditanam itu untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis.
Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
![Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646582928_kucingmati.jpg)
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang Besut, 6 Mac 2022. - Foto media sosial/Twitter @jnmalaysia
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
![Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734848932_tbkucingmatiUM.jpg)
Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
![Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734848932_tbkucingmatiUM.jpg)
Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.
![Kes kematian kucing: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS Kes kematian kucing: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734770800_tbkucingmatiUM.jpg)
Kes kematian kucing: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS
Pengurusan universiti memaklumkan, tiada saksi yang melihat kejadian atau rakaman CCTV di bangunan terbabit.
![UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734505601_tbkucingmatiUM.jpg)
UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
Kucing yang dikenali sebagai Lily ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan
![20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung 20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689674603_fluburung.jpg)
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
![Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646635964_KucingmatiVeterin.jpg)
Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik
JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut.
![Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646582928_kucingmati.jpg)
Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.
![20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut 20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646578155_kucingmati.jpg)
20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini.
![Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599731337_ANIAYAKUCINGPENANG.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati
Tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya.