ISKANDAR PUTERI: Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seorang pengguna akaun Facebook berasal dari Pontian, tular sejak Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu.
"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
"Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut Ibrahim, orang ramai diminta bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.
"Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam terutama membabitkan isu agama, bangsa dan raja (3R)," katanya.
Tangkap layar hantaran komen pemilik akaun Facebook berkenaan seterusnya dikongsi warganet yang mendatangkan reaksi negatif dan mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa kerana membangkitkan kemarahan terutama pada bulan Ramadan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 23 2024

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'
Siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Isu syarikat penerbangan: Polis buka kertas siasatan terima lebih 60 laporan
Polis membuka kertas siasatan baharu terhadap seorang pengasas bersama syarikat penerbangan tempatan selepas menerima 67 laporan membabitkan skim pelaburan yang dikendalikannya.

PRU15: Polis buka kertas siasatan OKU penglihatan tidak dibenar masuk PPC Titiwangsa
Polis berkata individu itu mendakwa kelewatan tiba di PPC adalah berpunca daripada kesesakan jalan raya kerana banyak laluan ditutup.

Polis buka kertas siasatan kes video tular layanan pemilik penginapan di Taiping
Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

PRN Melaka: Muat naik kertas undi, polis buka kertas siasatan
Tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya (1954).

PRN Melaka: Polis buka empat kertas siasatan berkaitan berita palsu sejak 4 Okt
Ia termasuk kes penularan berita palsu mengenai SOP PRN Melaka dan penutupan sempadan negeri.

Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.

Dakwaan langgar SOP: Mahfuz minta polis segerakan siasatan keatasnya
Mahfuz berkata beliau tidak mahu imej pasukan polis terjejas jika melambat-lambatkan siasatan terhadap beliau.