KUALA LUMPUR:Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes cubaan ragut bermotosikal ketika menunggu lampu isyarat di Bandar Sri Damansara pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.
"Suspek telah memecahkan tingkap kereta di sebelah penumpang bagi meragut beg tangan mangsa tetapi gagal apabila mangsa sempat memegang beg tangannya dan suspek terus melarikan diri.
"Mangsa seorang wanita berumur 47 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan namun kerugian akibat tingkap keretanya yang dipecah," katanya pada Bernama semalam.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi cubaan merompak yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika disabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020

Nik Ezanee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan bagi cubaan merompak. - Gambar fail
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Remaja 14 tahun mengandung dirogol dua lelaki
Seorang remaja berusia 14 tahun mengandung dipercayai dirogol oleh dua lelaki dalam kejadian berasingan di kediamannya di Pasir Mas.

Dua lelaki ditemui mati di pusat rawatan psikiatri
Dua lelaki ditemui meninggal dunia ketika berada di sebuah pusat rawatan psikiatri di Sungai Petani.

Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian itu telah dirakam netizen menerusi kamera yang dipasang pada sebuah kereta.

Larikan diri dan cuba langgar polis, dua das tembakan dilepaskan
Polis trafik terpaksa lepaskan dua das tembakan selepas sebuah kereta yang dinaik dua lelaki enggan berhentikan kenderaan mereka.

Tembak: Dua lelaki ditahan bantu siasatan
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki mati ditembak ketika sedang berjalan seorang diri di Nibong Tebal.

Pesawah parah ditetak dua lelaki
Seorang pesawah parah ditetak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Pak Wong, Jerteh

2 terperangkap dalam lif Yunnan
Dua lelaki yang terperangkap di dalam lif di sebuah hospital di daerah Yunnan, China berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba.
Polis tahan dua lelaki, dipercayai godam dua laman web milik kerajaan
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menggodam dua laman web milik kerajaan.