PASIR MAS: Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pada 4.42 pagi pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu.
Beliau berkata berdasarkan laporan itu, kira-kira pukul 3 pagi semasa pengadu bersama sepupunya sedang tidur kedengaran bunyi empat das tembakan di luar rumahnya.
"Pengadu yang tersedar dengan tembakan itu terus pergi ke pintu utama dirumahnya dan mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal memecut laju ke arah Bunut Susu.
"Pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan tembakan pada cermin belakang dan cermin sisi penumpang hadapan kereta Perodua Viva, manakala kereta Mitsubishi Triton telah ditembak di bahagian fender kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Zaki berkata polis yang menjalankan pemeriksaan di kawasan hadapan rumah lelaki itu menemukan empat kelongsong peluru disyaki jenis sembilan milimeter.
"Dalam kejadian ini tidak melibatkan kecederaan mana-mana individu dan hanya melibatkan kerosakan dua buah kereta sahaja dan suspek disyaki dua lelaki tempatan menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.
"Kes disiasat di bawah seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Sek. 427 Kanun Keseksaan. Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
![Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pada 4.42 pagi pihak polis telah menerima satu laporan polis berkaitan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739945582_jururawatmaut.jpg)
Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.
![Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739943723_tbAmirudinShari.jpg)
Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
![Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940327_TBKillerWhales.jpg)
Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.
![Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739940618_mayat.jpg)
Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
![Polis buru dua suspek terlibat jenayah samun bersenjata di Muar Polis buru dua suspek terlibat jenayah samun bersenjata di Muar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis buru dua suspek terlibat jenayah samun bersenjata di Muar
Semalam, polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakan suspek yang ditinggalkan di Jasin, Melaka.
![Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724074961_IPD.jpg)
Polis buru tujuh suspek kes samun bersenjata
Polis giat mengesan tujuh suspek berhubung kejadian samun bersenjata berhampiran Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hari ini.
![Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
![Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686816533_PenunggangDucati.jpg)
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil.
![Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678604190_TBKamarulZamanMamat.jpg)
Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
Polis memburu suspek yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat serta membuat ancaman bunuh terhadap kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band.
![Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676809731_PDRM.jpg)
Polis buru dua suspek samun wanita di stesen minyak di Cheras
Polis sedang menyiasat sebuah video tular berhubung kejadian samun terhadap seorang wanita tempatan di sebuah stesen minyak di Cheras.
![Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644988124_MiorFaridalathrash.jpg)
Tular kes samun bersenjata di Menglembu, polis buru dua suspek
Polis sedang memburu dua suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Menglembu, semalam, yang tular di media sosial.