Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
"Siasatan awal mendapati, himpunan ini diadakan ahli keluarga banduan tahanan SOSMA di penjara ini dengan tujuan meminta kerajaan memansuhkan akta berkenaan.
"Pemantauan dijalankan mendapati, terdapat antara 40 hingga 50 individu termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berkumpul serta memegang pelbagai plakad tertera pelbagai tulisan meminta simpati serta memohon akta itu dimansuhkan," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, susulan itu polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Penganjur himpunan boleh dikenakan denda RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
"Semua individu dikenal pasti terlibat dalam himpunan ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)