SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang individu selepas dipercayai bertindak seperti samseng dengan memaki hamun dan membaling objek ke arah kereta dinaiki pasangan suami isteri dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), pada Ahad.
Tindakan individu terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan dinaiki mangsa tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 kira-kira jam 4.20 petang, pada hari sama.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berumur 41 tahun dan bekerja sebagai pengurus operasi sebuah syarikat itu memandu kenderaan bersama suaminya dari Taman Melawati ke Shah Alam.
"Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, kenderaan mangsa ditahan oleh seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda berwarna putih.
"Suspek bertindak memberhentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa di laluan tengah lebuh raya berkenaan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Katanya, suspek dikatakan memarahi mangsa selain mengeluarkan kata-kata kesat.
"Suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati, mendakwa mangsa sebelum itu telah menukar lorong.
"Sebelum beredar, suspek bertindak membaling objek ke arah kereta mangsa," katanya.
Menurutnya, siasatan awal juga mendapati, kereta dinaiki suspek dimiliki oleh seorang wanita tempatan.
"Tindakan selanjutnya akan diambil bagi mengesan dan merakam percakapan pemilik kenderaan iaitu seorang wanita.
"Selain itu, tindakan segera dijalankan bagi mengesan suspek untuk siasatan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan," katanya.
Pada Ahad, tular insiden seorang lelaki bertindak memaki hamun sebuah kenderaan dinaiki pasangan suami isteri di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE).
Video berdurasi 57 saat itu tular di media sosial. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 23 2022

Tangkap layar kejadian seorang lelaki membaling objek ke arah kereta dinaiki pasangan suami isteri dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), pada Ahad.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Perangi samseng, 400 pegawai polis Kenya berlepas ke Haiti ketuai misi PBB
Kontinjen 400 pegawai polis Kenya, kumpulan pertama daripada 1,000 anggota, berangkat dari ibu negara Nairobi awal Selasa untuk ke Haiti, lapor Agensi Anadolu (AA).

Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.

Samseng ganggu JPJ ketika tahan lori lebih muatan
Dipercayai lori itu dipandu oleh lelaki warga asing dengan membawa muatan batu kerikil melebihi 80 peratus had ditetapkan.

Serangan berparang: Ketua samseng antara lapan ditahan, tiga masih diburu
Setakat ini tangkapan ke atas suspek berjumlah lapan orang dan kesemuanya adalah lelaki tempatan.

Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam
Kumpulan itu menakutkan peminjam culas dengan melakukan perbuatan khianat dengan api serta menyimbah cat di kediaman peminjam terbabit.

'Abang kawasan' ditahan minta wang perlindungan
Polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim sekitar jam 4.30 petang.

Polis buru lelaki berhentikan kereta, lagak samseng di lebuh raya
Tindakan individu terbabit yang dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan dinaiki mangsa tular di media sosial.

Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Polis buru pemandu Myvi samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang bertindak samseng dengan menghalang laluan kenderaan lain di MRR2 berhampiran Taman Layang-layang di sini, yang tular di media sosial.

Pemandu lori tular lagak samseng didapati positif dadah
Ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 40-an itu didapati positif dadah jenis methampetamine, ketamin dan amphetamine.