KUALA LUMPUR: Tular di media sosial baru-baru ini berita mengenai pintu masuk di Stadium MBPJ yang mengalami kerosakan akibat perbuatan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan kejadian berlaku sejurus selepas pertemuan naib juara Liga Super 2023, Selangor dengan pasukan pelawat, Negeri Sembilan, pada Ahad yang dihadiri lebih 10,000 peminat tempatan, lapor Astro Arena.
Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, beberapa individu dipercayai penyokong pasukan pelawat dilihat berang setelah didakwa dihalang keluar dari stadium berkenaan.
Keadaan ini mendorong mereka bertindak ganas dan merosakkan pintu masuk arah selatan stadium itu untuk keluar.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pada itu telah membuka siasatan dan sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly dilapor berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi Isnin berhubung kejadian dan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia telah dibuka.
"Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.
Astro Awani
Tue May 28 2024

Kerosakan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong. -Astro Arena
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kinoshi mahu gergasi merah tajamkan gerakan penyudah
Jurulatih dari Jepun itu meminta agar corak serangan agresif yang diterapkan kepada pemain Gergasi Merah.

Faisal Halim buat kemunculan di Stadium MBPJ
Tonggak utama Selangor FC (SFC) Faisal Halim muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandara Raya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan.

Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Insiden tersebut dianggap sebagai tindakan ganas apabila merobohkan pagar stadium sebagai tanda ingin keluar selepas tamat perlawanan.

Letak bas bukan cara saya, kata jurulatih Selangor
Kejayaan menjinakkan Kedah Darul Aman 4-1 itu masih belum cukup meredakan semangat penyokong.

Selangor terpaksa akur dengan kekalahan kedua
Selangor terpaksa berputih mata di laman sendiri apabila kecundang 2-0 di tangan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.

Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor
Selangor membuka kempen Liga Super musim 2021 dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Sri Pahang 3-1.

Selangor perlu cari gelanggang rasmi selain Stadium Nasional
Selangor disaran mencari stadium lain sebagai 'home venue' untuk mengelak banyak pindaan penjadualan Liga Malaysia.

PDRM menang besar untuk kutip mata penuh
PDRM pastikan kemenangan besar untuk tiga mata penuh di Stadium MBPJ apabila membelasah Pulau Pinang 5-1.