PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan dan memburu saki baki kumpulan warga asing yang bertindak menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada Jumaat.


Ringkasan AI
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan saki baki kumpulan warga asing yang menyerang anggota Maritim Malaysia di perairan Tanjung Rhu, Banting.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, percaya terdapat lebih ramai penyerang berdasarkan kapasiti bot yang boleh menampung 15 hingga 20 orang.
  • Suspek dipercayai warga Indonesia, menyerang menggunakan parang, dan empat suspek yang terkena tembakan berada dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya yakin terdapat saki baki kumpulan penyerang yang dipercayai warga Indonesia.

"Pihak polis pada masa ini cuba mengesan saki baki kumpulan penyerang melibatkan warga asing ini.

"Kita percaya mungkin ada lagi individu terlibat berdasarkan kapasiti bot yang boleh menampung antara 15 hingga 20 orang," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya dan advokasi sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol PJS 2, Lebuhraya New Pantai Expressway (NPE).

Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang digunakan suspek, tiada sebarang senjata berbahaya ditemukan.

Menurutnya, bot terbabit dipercayai mahu keluar dari sempadan perairan negara, namun telah bertembung dengan petugas Maritim Malaysia yang menjalankan tugas rondaan di kawasan tersebut.

"Kumpulan warga asing itu cuba menyerang petugas Maritim Malaysia dengan menggunakan parang serta melanggar bot penguat kuasa empat kali.

"Bagi mempertahankan diri dan keselamatan, anggota Maritim Malaysia telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Hussein berkata, bot yang dinaiki suspek berjaya melarikan diri ekoran keadaan yang gelap.

Ditanya mengenai keadaan empat suspek yang terkena tembakan dalam kejadian itu, beliau berkata, kesemuanya berada dalam keadaan stabil.

"Kita telah melakukan proses rakaman percakapan ke atas seorang suspek manakala tiga lagi masih belum dilakukan," ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang warga asing maut dan empat lagi cedera dalam kejadian jam 3 pagi pada Jumaat.

Tiga individu yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah di Serdang dan seorang lagi dihantar ke Hospital Klang bagi mendapat rawatan lanjut.

"Sekarang ini kami (Amanah) ada konvensyen, kalau tidak mungkin ada yang pergi. Tiada masalah (nak sertai) itu," ujarnya.

Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah diadakan susulan perhimpunan Ambang Tahun Baharu pimpinan pelajar di Sabah yang membantah ahli politik negeri terbabit didakwa terlibat dalam skandal rasuah. -- Sinar Harian