KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kecurian wang tunai dan barangan peribadi dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebing, Brickfields di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.
"Mangsa cuba mencari kereta jenis Proton Saga LMST berkenaan dan menemui kenderaan tersebut lebih kurang 150 meter dari lokasi ia diletakkan.
"Pemeriksaan dalam kenderaan mendapati barang diletakkan di dalam laci papan pemuka kereta iaitu wang tunai, pelbagai jenis kad, minyak wangi dan beberapa dokumen penting hilang.
"Siasatan awal mendapati terdapat kesan umpil di bahagian pintu hadapan sebelah kiri kereta pengadu dan polis mengesan empat kesan cap jari di bahagian tingkap pintu berkenaan," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Amihizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut supaya tampil untuk membantu siasatan.
Saksi yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan dan maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 27 2021

Polis sedang mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kecurian wang tunai dan barangan peribadi dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Tebing, Brickfields pada Jumaat. -Gambar hiasan

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.